Pelakon aksi Andy Teh meluahkan rasa bersyukur dengan kepercayaan yang diberi oleh pengarah Blood Brothers: Bara Naga iaitu Syafiq Yusof untuk membawa watak Pablo.
Tugas sebagai pelakon berbangsa cina
Ketika ditemui , Andy atau nama penuhnya Andy Teh Kim Huat, 39, berkata, filem Blood Brothers: Bara Naga merupakan naskhah yang sesuai untuk ditonton oleh semua jenis bangsa di Malaysia.
Dalam pada itu, Andy merasa bertanggungjawab untuk mewakilkan dirinya bagi mengajak lebih ramai bangsa cina menonton filem aksi ini.
Saya rasa bersyukur apabila diberi peluang untuk memegang watak Pablo.
Tanpa barisan artis yang lain, watak Pablo ini tidak akan menjadi.
Terima kasih juga pada pengarah yang nampak kebolehan Andy membawa watak ini.
Saya rasa ada satu tugas besar untuk menjemput lebih ramai kaum lain tengok Blood Brothers.
Mungkin pada orang cina, cerita ini hanya sesuai untuk orang melayu.
Tapi pada Andy, filem ini merupakan filem kebanggaan Malaysia.
Jadi, tugas saya adalah untuk sebarkan hal ini pada orang berbangsa cina di luar sana.
Andy berkata demikian ketika ditemui pada malam sidang media Blood Brothers: Bara Naga yang berlangsung di Bukit Bintang baru-baru ini.
Selain itu, Andy mahu membuktikan bahawa filem tempatan juga mampu untuk mencapai peringkat antarabangsa.
Sekadar info, filem terbitan Skop Productions dan Primework Studios itu berjaya meraih kutipan pecah panggung RM62 juta selepas 20 hari berada di pawagam termasuk tayangan awal.
Blood Brothers: Bara Naga telah ditayangkan di 170 pawagam sekali gus menjadikannya antara filem tempatan dengan capaian tayangan paling meluas dan menerima sambutan luar biasa.
Blood Brother: Bara Naga dibintangi Sharnaaz Ahmad, Amelia Henderson, Syukri Yahaya, Syafiq Kyle, Zamarul Hisam, Wan Hanafi Su, Andy Teh dan ramai lagi.