34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Alhamdulillah Pengakhiran Mama Sangat Sempurna, Lebih 500 Orang Solatkan’ – Anak Arwah Nadia Kesuma

    Shopee Sale

    Anak perempuan Allahyarhamah Nadia Kesuma, Myra, meluahkan kesyukuran kerana jenazah ibunya telah selamat dimandikan dan disolatkan awal pagi Isnin.

    Artikel Berkaitan: Suami Kongsi Detik Akhir Urusan Jenazah Nadia Kesuma, Dikebumi Selepas Subuh – ‘Diimamkan Sendiri Oleh Saya’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Yang Penting Hati Ikhlas, Tiada Hasad Dengki’ – Individu Kongsi Nasihat Arwah Nadia Kesuma

    Pengakhiran yang baik

    Menerusi hantaran terkini di Threads, anak kepada aktres itu memaklumkan bahawa jenazah ibunya telah diuruskan dan disolatkan oleh jemaah di Jeddah, selain arwah juga dihujani dengan doa daripada rakyat Malaysia.

    Alhamdulillah, syukur pengakhiran mama sangat sempurna dan baik. Lebih 500 orang jemaah di tanah Jeddah yang solatkan dan mendoakan mama.

    Rakyat Malaysia pun ramai sangat yang mendoakan mama.

    Reda dengan pemergian ibu tercinta, Myra turut mendoakan agar ibunya mendapat balasan yang baik di sisi Allah SWT.

    Mama rehat di sana ya, InsyaAllah, dengan doa-doa orang ramai dan amal kebaikan mama di dunia, menjadi saham mama di akhirat, InsyaAllah.

    Alhamdulillah syukur sangat-sangat. InsyaAllah, kita berjumpa semula sekeluarga di syurga ya mama.

    Terdahulu, Nadia dilaporkan meninggal dunia selepas rebah secara tiba-tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, Arab Saudi, akibat serangan jantung.

    MENARIK:  [VIDEO] Que Haidar Tiba-Tiba ‘Menghilang’, Fazura Harap Semuanya Okay – ‘Bukan Kami Yang Bergaduh’

    Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dalam satu kenyataan memaklumkan, hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pihak berkuasa lapangan terbang mengesahkan arwah mengalami serangan jantung sebelum terjatuh.

    Terdahulu, berita pemergian Nadia disahkan oleh suami dan anaknya selepas aktres tersebut dilaporkan gagal dikesan sebaik tiba di Jeddah.

    Nadia disahkan menghembuskan nafas terakhir pada 15 Januari lalu, kira-kira jam 8.07 pagi waktu tempatan.

    Nadia sebelum ini dilaporkan hilang ketika berada di Jeddah, yang merupakan destinasi transitnya sebelum meneruskan perjalanan ke London.

    Allahyarham difahamkan menyertai pakej umrah ziarah bersama sebuah agensi pelancongan dan bergerak bersama jemaah lain.

    Sumber: Threads

    The post [VIDEO] ‘Alhamdulillah Pengakhiran Mama Sangat Sempurna, Lebih 500 Orang Solatkan’ – Anak Arwah Nadia Kesuma first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah