Seramai 23 sukarelawan yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) termasuk Zizi Kirana, Ardell Aryana, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA1) pada jam 9.50 malam pada Selasa.
Artikel Berkaitan: ‘Ardell Antara Mencuri Tumpuan Pada Misi Kali Ini Sebab Itu Dia Kena!’ – Nadzmi Adhwa
Artikel Berkaitan: Nadzmi Adhwa Sudah Kirim Telefon Bimbit, Ramai Tidak Sabar Ardell Aryana Kembali Buat ‘Live’
Seru orang ramai datang Axiata Arena

Ketika memberi ucapan secara ringkas, Ardell meluahkan rasa syukur atas sokongan rakyat Malaysia yang membanjiri KLIA 1.
Terima kasih secara sukarela untuk hadir untuk menyambut kami semua. Saya tidak dapat untuk kongsikan banyak.
Saya harap semua dapat hadir ke Axiata Arena untuk sama-sama bersolidariti demi Palestin.
Selain itu, suami Ardell iaitu Nadzmi Adhwa bersama kedua anak-anaknya tiba dengan menaiki bas yang disediakan oleh Pusat Kawalan Sumud Nusantara bagi menyambut kepulangan isterinya.
Nadzmi turut hadir dengan sejambak bunga bagi menghargai perjuangan isteri tercinta.
Dalam pada itu, suami kepada Zizi Kirana iaitu Yusuf Bahrin juga dilihat tiba menaiki bas yang sama pada sekitar 9.38 malam.
Sejak petang tadi, ruangan terminal KLIA1 dibanjiri lebih 2,000 rakyat Malaysia yang teruja menyambut kepulangan para sukarelawan yang selamat pulang ke tanah air.
Tidak ketinggalan, laungan ‘Bebas Gaza’ juga bergema di KLIA1 menunjukkan tanda solidariti kepada Palestin.
Sekadar info, kesemua 23 sukarelawan GSF dibebaskan selepas ditahan sejak 2 Oktober lalu dalam misi menghantar bantuan ke Gaza.
The post [VIDEO] 23 Pejuang Global Sumud Flotilla Selamat Tiba Di Kuala Lumpur.. 2,000 Sambut Kepulangan Dengan Laungan ‘Bebas Gaza’ first appeared on OHBULAN!.