30.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 5, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tua 80 Tahun ‘Melakukan Pelemparan Batu ke Arah Jiran Hingga Menyebabkannya Meninggal Dunia, Menutup Jenazahnya Dengan Zink’

    Shopee Sale



    Foto: Tribunnews

    Seorang wanita warga emas ditahan polis selepas disyaki membunuh jirannya dalam satu kejadian di Sulawesi Selatan, Indonesia pada Isnin.

    Baling batu sampai mati

    Sekadar gambar hiasan

    Memetik laporan Tribunnews, pada awalnya, suspek yang dikenali sebagai Hanisa telah datang ke rumah mangsa, Sitti untuk membayar hutang. Setibanya di sana, suspek, 80, melihat mangsa sedang membersihkan perkarangan rumah dan suspek menunggu mangsa. Namun siapa sangka, ketika mangsa mengambil lengkuas di belakang rumah, tiba-tiba suspek bertindak memukul mangsa menggunakan batu.

    Menyedari mangsa sudah tidak sedarkan diri, suspek kemudian menutupi mayat mangsa menggunakan zink. Suspek seterusnya menempah khidmat teksi motosikal meninggalkan kawasan rumah tersebut.

    MENARIK:  Tiga Hari Tak Hantar Ucapan ‘Good Morning’ Di Group WhatsApp, Bongkar Kematian Bapa Di Rumah

    Namun ketika dalam perjalanan, suspek ditahan polis susulan laporan yang dibuat oleh seorang saksi yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

    Hasil beda siasat mendapati terdapat kecederaan parah pada bahagian kepala mangsa.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah