Penyanyi Syada Amzah berkongsi tentang kejadian yang menakutkan ketika menyertai sebuah rancangan realti.
Artikel Berkaitan: Amad Tumbang Sebelum Buat Persembahan Akhir TTMM
Artikel Berkaitan: ‘Amad Bukan Panik, Anxiety, Penat Atau Tak Sihat Tapi…’ – Hatta Dolmat
Benda mistik?

Menerusi perkongsian di Threads, Syada atau nama lengkapnya Nursyuhada Amir Amzah, 27, mendakwa lokasi program Talk To My Manager (TTMM) adalah tempat yang menyeramkan.
Menurut Syada, dia percaya kejadian salah seorang perserta program itu iaitu Amad yang rebah secara tiba-tiba pada malam final bukan kerana perbuatan khianat tetapi lokasi itu sendiri mempunyai unsur mistik.
Talk To My Manager buat dekat situ ke? Kalau ya patutlah, sebab tempat itu berhantu sangat-sangat.
Tapi benda ini terjadi dekat semua program, sejujurnya saya tak rasa orang hantar benda yang bukan-bukan. Saya dapat rasakan tempat itu sendiri (mistik).
Saya masuk situ sebagai penonton pun, terutama di belakang pentas..segala bulu roma berdiri.
Pengalaman sendiri
View this post on Instagram
Bercerita lanjut, pelantun lagu Hasrat itu mendakwa dia pernah ternampak sosok mistik ketika menyertai salah sebuah program nyanyian yang turut diadakan di lokasi sama.
Masa saya sertai Big Sage 2 dulu, ‘benda itu’ berada betu-betul di atas kepala dan merenung tajam ke dalam mata saya.
Saya masih ingat dengan jelas peristiwa itu, malah malam itu juga saya tersingkir.
Terdahulu, Amad dilaporkan rebah secara tiba-tiba sebelum giliran persembahan di pentas akhir Talk To My Manager.
Bagaimanapun selepas beberapa minit, Amad kembali melakukan persembahan.
Namun usai persembahan, penyanyi itu kembali pengsan saat menuju berjalan menuju ke belakang pentas.
Sumber: Threads Syada Amzah
The post Syada Amzah Dakwa Lokasi TTMM Seram, Kongsi Pengalaman Sendiri – ‘Benda Itu Ada Atas Kepala & Merenung Saya’ first appeared on OHBULAN!.





