27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Siti Nurhaliza Syukur Yayasan Nurjiwa Komited Salur Sumbangan

    Shopee Sale

    Yayasan Nurjiwa komited memberikan bantuan makanan kepada 10,000 rakyat Palestin setiap hari menerusi hasil sumbangan yang diterima.

    Artikel Berkaitan: Yayasan Siti Nurhaliza Beri Insentif RM500 Kepada Pelajar PTTI ‘Straight A’ SPM
    Artikel Berkaitan: ‘Reputasi Siti Yang Telus Memudahkan Untuk Sumbangan’ – Inayah Beauty Salur RM500,000 Kepada Yayasan Nurjiwa

    Salur makanan setiap hari

    View this post on Instagram

    A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

    Ketika ditemui , pengasas Yayasan Nurjiwa, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin memberitahu sumbangan tersebut disalurkan kepada rakyat Palestin dua kali dalam sehari.

    Alhamdulillah, kami dapat terus menyalurkan sumbangan kepada saudara kita di Palestin terutamanya dalam menyalurkan makanan kepada mereka setiap hari.

    Meskipun makanan masih dalam bentuk bijirin dan kekacang, makanan disalurkan secara berterusan dua kali sehari menerusi wakil kami di sana.

    Penyanyi nombor satu negara itu juga mengucapkan rasa syukur apabila orang ramai memberikan kepercayaan dan terus-menerus menyalurkan sumbangan kepada yayasan.Menurut beliau, yayasan akan sentiasa memaklumkan kepada umum berkenaan info berkaitan aktiviti-aktiviti tentang sumbangan.

    Yayasan memang akan kongsikan setiap aktiviti yang kami lakukan kepada orang ramai dan ia tidak cuma di Palestin sahaja. Kami juga turut membantu mana-mana pihak yang memerlukan dalam negara.

    Sebagai contoh, sumbangan makanan turut kami berikan kepada pelajar-pelajar universiti yang berada dalam kategori B40 di Institusi Pendidikan terpilih setiap Jumaat.

    Siti Nurhaliza berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangan Bersama Yayasan Nurjiwa X Inayah Beauty yang berlangsung di Ideas Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.

    MENARIK:  [VIDEO] Rizky Febian Lemah Lembut Bimbing Mahalini Baca Al-Fatihah Buat Netizen Terharu – ‘Slow-Slow Belajar’

    Jalin kerjasama

    Dalam masa yang sama, semasa Ramadan lalu, Yayasan Nurjiwa bersama Inayah Beauty turut berkerjasama menyumbang sebanyak RM300,00 untuk kos membaik pulih masjid di Palestin.

    Projek membaik pulih masjid ini akan dilaksanakan oleh wakil Yayasan Nurjiwa yang menetap di kawasan tersebut.

    Yayasan Nurjiwa sebelum ini turut menubuhkan sebuah sekolah kanak-kanak di Gaza, Afwa Al- Afiyah, sebagai sebahagian daripada misi pendidikan dan perlindungan jangka panjang.

    Terdahulu, majlis tersebut turut dihadiri oleh duta rasmi Inayah Beauty, Fasha Sandha, Bella Astillah Elisya Sandha, Watie Hanifiah, Intan Ladyana, Intan Najuwa dan Syed Saddiq.

    The post Siti Nurhaliza Syukur Yayasan Nurjiwa Komited Salur Sumbangan first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah