27.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 6, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Selepas 10 Tahun Berkahwin, Nubhan Ceraikan Isteri

    Shopee Sale

    Penyanyi Nubhan didakwa bakal menghadiri prosiding pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, pada Khamis.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nubhan Buka Ladang Seluas Empat Ekar, Netizen Bangga Dengan Kejayaan Anak Melayu – ‘Dah Saing Khairul Aming’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nubhan Hadiahkan TV Baru Untuk Mak Jenny, Netizen Tersentuh

    Nubhan, isteri cerai

    Foto: Nona

    Memetik laporan Kosmo Online!, sumber terdekat mengatakan bahawa permohonan pengesahan lafaz talak itu telah difailkan oleh Nubhan atau nama lengkapnya Ahmad Nubhan Haji Ahamad pada awal bulan lalu.

    Setakat yang saya dimaklumkan, esok merupakan prosiding bagi pengesahan lafaz talak yang difailkan Nubhan di mahkamah syariah.

    Bila lafaz cerai itu dibuat kena tanya kepadanya. Mereka berdua akan hadir bersama peguam masing-masing.

    Difahamkan, pasangan itu didakwa sudah membawa haluan masing-masing dan dikatakan tidak lagi tinggal bersama sejak Ogos lalu.

    Mereka sudah tinggal berasingan. Tiga anak mereka yang kesemuanya masih kecil berada bawah jagaan isterinya.

    Dalam pada itu, peguam yang mewakili Afifah Hidayah, Datuk Akberdin Abdul Kader, turut mengesahkan kehadiran anak guamnya ke mahkamah esok bagi prosiding sebutan pertama.

    Saya difahamkan suami kepada anak guam saya melafazkan talak ketika mereka berdua berada di dalam kereta sekitar akhir Ogos tahun ini.

    Cuma saya tak pasti sama ada hakim akan beri keputusan atau mengesahkan perceraian mereka esok kerana biasanya perlu ada siasatan dulu.

    Punca diceraikan, kita tunggu sahaja esok. Sebarang maklum balas membabitkan anak guam saya boleh dijawab selepas prosiding selesai

    Terdahulu, Nubhan dan Afifah Hidayah juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang.

    MENARIK:  Shila Amzah Terpaksa Bersalin Secara ‘Czer,’ Tali Pusat Baby Terbelit Di Bahagian Muka – ‘Apa Saja Yang Terbaik’

    Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun

    Sumber: Kosmo Online

    The post Selepas 10 Tahun Berkahwin, Nubhan Ceraikan Isteri first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah