29.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 5, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Scha Elinnea Akur Kisah Peribadi Jadi Tumpuan

    Shopee Sale

    Pelakon, Scha Elinnea tidak kisah jika ada peminat yang ingin mengambil tahu tentang kisah peribadinya berbanding kerjaya seni.

    Artikel Berkaitan: Scha Elinnea Mengaku Buat Perubahan Pada Wajah, Enggan Ulas Soal Tatu – ‘Semua Orang Pernah Buat Silap’

    Artikel Berkaitan: Scha Elinnea Bengang Pihak Produksi Suruh ‘Stay’ Dekat Set Walaupun Dapat MC

    Tak ambil hati

    Pemilik nama sebenar Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen, 26, berkata, sudah menjadi asam garam bergelar selebriti apabila hal privasinya menjadi tumpuan. Namun, tidak menafikan ada kala terasa hati.

    Saya tidak kisah pun jika ada peminat yang mahu ambil tahu kisah peribadi saya. Itu adalah asam garam sebagai selebriti.

    Apabila orang cakap buruk fasal saya sudah pasti terasa, namun saya ambil perkara itu sebagai penguat untuk terus dalam bidang ini.

    Saya tidak ambil hati sangat, lagi-lagi dengan orang yang saya tidak kenal. Mereka boleh buat tanggapan apa yang mereka mahu. Tapi yang tahu diri saya hanyalah saya sendiri.

    Scha berkata demikian ketika ditemui di majlis bertemu peminat dengan barisan pelakon Anak-Anak Mafia yang berlangsung di Pusat Dagangan Putra (WTC), pada Sabtu.

    MENARIK:  YouthSAYS Sedia Platform Untuk Anak Muda Malaysia Bersuara

    Ditanya sumber kekuatan untuk terus tabah ketika terpalit kontroversi, Scha menjawab keluarga menjadi tulang belakang yang tidak putus memberi sokongan.

    Penguat saya adalah ibu dan seluruh ahli keluarga. Merekalah jadi penguat untuk saya terus kuat dalam industri.

    Dalam perkembangan terkini, Scha antara pelakon yang membintangi drama Anak-Anak Mafia yang bakal ditayangkan di Tonton pada 12 Jun ini.

    Selain Scha, drama arahan Suhaimi Zulkfeli itu turut dibarisi Mierul Aiman, Fitri Farok, Fariz Isqandar dan Zhen Ning.

    The post Scha Elinnea Akur Kisah Peribadi Jadi Tumpuan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah