28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 27, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya & Suami Matang, Cerai Bukan Perkara Main-Main’ – Nur Risteena

    Shopee Sale

    Pelakon, Nur Risteena Munim tampil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya rumah tangga yang dibina bersama suami, Isa Khan, sedang bergolak.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Salah Tetap Salah’ – Risteena Enggan Cakap Banyak Isu Khalwat Ruhainies, Bakal Tunai Umrah & Beraya Di Makkah Bersama Keluarga

    Nafi rumah tangga bergolak

    Menerusi perkongsian di Instagram Story, Risteena, 33, sekali gus menyangkal khabar angin yang mendakwa mereka telah berpisah.

    Saya dan suami ialah orang yang matang. Kami tidak pernah berkongsi masalah rumah tangga di media sosial dan tidak akan berbuat demikian sampai bila-bila.

    Jadi, segala hantaran di media sosial langsung tidak ada kena-mengena dengan masalah rumah tangga.

    Perkataan cerai bukan perkara main-main, jangan sewenang-wenangnya menulis atau menyebutnya sekiranya tiada perceraian atau pergolakan berlaku.

    Dalam masa sama, pelakon drama Tundukkan Playboy Itu turut menjelaskan mengenai hantaran yang dimuat naik oleh suaminya, yang dilihat berunsur luahan hati sehingga mencetuskan spekulasi.

    Saya sudah bertanya kepada suami. Ayat tersebut hanyalah lirik lagu dan ‘quotes’ untuk kandungan di TikTok. Saya rasa tidak penting untuk menjelaskan kepada sesiapa.

    Kami sibuk menguruskan perniagaan, jadi tidak perlu bertanya lagi. Elakkan fitnah dan bercakaplah perkara yang baik-baik sahaja.

    Sebelum ini, perkongsian Isa di Instagram mencuri perhatian warganet apabila aktor tersebut memuat naik hantaran berbentuk refleksi diri yang menyentuh soal cinta dan takdir kehidupan.

    MENARIK:  ‘Ayden, Bakal Jadi Iron Kid’ – Syed Saddiq 

    Isa atau nama penuhnya, Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan, 32, menerusi hantaran itu menyatakan bahawa cinta sesama manusia tidak kekal selamanya, sebaliknya hanya cinta kepada Yang Maha Esa bersifat abadi.

    Perkongsian berkenaan secara tidak langsung menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat, malah ada yang beranggapan Isa sedang melalui fasa sukar dalam kehidupannya ketika ini.

    Malah, segelintir netizen turut membuat spekulasi dan mendakwa aktor berkenaan berdepan pergolakan rumah tangga bersama isterinya, Nur Risteena, namun dakwaan itu kini telah ditepis oleh Risteena sendiri.

    Sumber: Instagram

    The post ‘Saya & Suami Matang, Cerai Bukan Perkara Main-Main’ – Nur Risteena first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah