27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 30, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Sendiri Yang Datangkan Fitnah Itu Dulu, Orang Cakap Saya Pengkid’- Ardell Aryana 

    Shopee Sale

    Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana, 35, kembali mencuri perhatian netizen apabila sebuah video di TikTok tular semula, memaparkan perkongsiannya mengenai kisah sebenar di sebalik tanggapan masyarakat terhadap dirinya.

    Artikel Berkaitan: “Saya Tak Sempat Ucap Terima Kasih…” Ardell Akui Tersentuh Dengan Tindakan Kakak Berbangsa Cina Tolong Dukung Anak Ketika Pitam Di ‘Airport’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Wahai Kaki Ibuku Yang Banyak Berjasa, Terima Kasih’ – Ardell Aryana

    Walau sudah berhijab, persepsi masyarakat masih sama

    Menerusi video itu, difahamkan Ardell sejak dahulu sering berdepan pelbagai tuduhan, termasuk dakwaan kononnya dia seorang pengkid atau lesbian.

    Saya sendiri yang datangkan fitnah itu dulu. Orang semua cakap saya pengkid, lesbian. Masa rambut panjang ke rambut pendek pun, tetap orang cakap saya lesbian.

    Katanya, sama ada ketika berambut panjang mahupun pendek, pandangan segelintir masyarakat terhadap dirinya tetap tidak berubah.

    MENARIK:  [VIDEO] Mesra Suap Menantu Makan, Netizen Gelar Sheila Rusly ‘Mentua Dari Syurga’

    Meskipun kini dia sudah berhijab, masih ada pihak beranggapan perubahan dirinya sekadar usaha untuk menutup isu lama.

    Masih sama, orang anggap saya pakai tudung sebab nak cover daripada isu yang lepas, isu saya suka sesama perempuan.

    Pakai tudung dari hati sendiri

    Ardell menjelaskan bahawa keputusan untuk berhijab bukanlah disebabkan oleh persepsi negatif masyarakat, sebaliknya lahir daripada keinsafan dan kesedaran dalam dirinya sendiri.

    Sebenarnya saya pakai tudung sebab hati saya sendiri yang nak.

    Susulan perkongsian tersebut, ramai warganet menitipkan doa dan kata semangat agar pemilik nama Nurul Hidayah Mohd Amin terus istiqamah dalam penghijrahannya.

    Sekadar info, Ardell Aryana mula berhijab sepenuhnya beberapa tahun lalu dan kini aktif dalam aktiviti kemanusiaan bersama suaminya, Nadzmi Adhwa, 32.

    Sumber: TikTok

    The post ‘Saya Sendiri Yang Datangkan Fitnah Itu Dulu, Orang Cakap Saya Pengkid’- Ardell Aryana  first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah