30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Sendiri Terkejut’ – Adira Suhaimi Nafi Kenal Dengan Datuk H, Terima Kembali Datuk Red Jika Ada Jodoh

    Shopee Sale



    Penyanyi dan pelakon, Adira Suhaimi nafi mengenali individu dikenali sebagai Datuk H seperti yang didakwa netizen di media sosial, baru-baru ini.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Adira Suhaimi Sedang Dipikat Datuk H?

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Datuk Red Lompat Keriangan, Umum Kembali Bercinta Dengan Adira? – ‘Hari Ini Hari Kelima Kami Couple’

    Datuk H tak wujud?

    Menurut Adira, dia tidak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki sejak perceraiannya bersama Datuk Red pada 24 April lalu.

    Saya sebenarnya tak pernah kejar siapa-siapa dan Datuk H pun tak wujud.

    Saya sendiri terkejut dan tak tahu dari mana datangnya sumber Datuk H itu sebab secara peribadi, saya memang tak mengenali sesiapa.

    Sekarang Datuk pun mereka nak tengok juga kalau janda anak empat, takut.

    Adira berkata demikian semasa ditemui di Majlis Media Gathering Drama Jangan Tinggal Abang Dek di Senja Kirana Event Space, Sentul Point, Kuala Lumpur pada Rabu.

    Dalam pada itu, pelantun lagu Ombak Rindu ini memberitahu dia enggan lagi berselindung mengenai apa yang berlaku di dalam kehidupannya.

    Zaman saya muda dulu mungkin saya nak mengelak cakap tidak tapi umur sekarang fasa saya dah tak nak menipu, tak nak elak soalan apa-apa dah. Jadi pada saya itu menghabiskan cerita itu saya kena bersikap jujur.

    Tak tolak kembali bersama Abang Red

    Disoal tentang hubungannya dengan bekas suami, Adira tidak menolak sekiranya ditemukan jodoh kembali bersama Datuk Red atau lebih mesra disapa Abang Red.

    Kita juga kini mencuba kalau ada jodoh untuk bersama semula. Tetapi jika tiada jodoh, saya tetap akan meneruskan kehidupan seperti biasa dan akan terus berbaik-baik dengan Abang Red demi anak-anak.

    Terdahulu, Datuk Red menerima komen yang mendakwa terdapat seorang individu berstatus Datuk sedang mendekati Adira ketika melakukan siaran langsung di TikTok. Bagaimanapun, Adira turut menafikan dakwaan berkenaan.

    MENARIK:  [VIDEO] Suami Fatin Afeefa Tegur Sikap Suka Mengumpat, Pesan Dekat Para Suami Ingatkan Isteri Jangan Suka Gosip

    Sekadar info, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 namun sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah