29.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Main Mercun Hampir Terbakar Rumah Jiran’ – Zarif Ghazzi Kongsi Detik Cemas Semasa Raya

    Shopee Sale

    Pelakon Zarif Ghazzi berkongsi pengalaman mencemaskan yang pernah dilaluinya pada musim perayaan apabila hampir menyebabkan kebakaran sebuah rumah akibat bermain mercun bersama saudara.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Dengan Bella Dowana Sebenarnya Hanya Berkawan, Tapi Kalau Ada Jodoh Tiada Masalah’ – Zarif Ghazzi

    Artikel Berkaitan: Zarif Ghazzi Tak Selesa Ada Peminat Obses, Sampai Hantar ‘WhatsApp’ Kepada Ibu – ‘Tak Tahu Mana Dapat Nombor’

    Bakar pokok tebu tua depan rumah

    Ketika ditemui oleh , pemilik nama sebenar Zariff, 22, berkata kejadian itu berlaku apabila mereka menyalakan mercun berhampiran sebatang pokok tebu di hadapan rumah jirannya.

    Pengalaman masa Hari Raya dulu, saya hampir menyebabkan kebakaran di rumah jiran sebab main mercun.

    Waktu itu, saya bermain bersama saudara saya di hadapan sebuah rumah yang ada pokok tebu yang sudah tua.

    Saya dah pesan supaya tidak membakar mercun itu pada pokok tebu tersebut, tapi dia tetap degil dan menyalakan api kemudian terus bakar sahaja mercun itu.

    Pada mulanya api kecil sahaja, tapi lama-kelamaan ia semakin marak.

    Zarif berkata demikian ketika ditemui pada majlis rakaman Melodi Raya di Saloma Kuala Lumpur.

    MENARIK:  Dituduh Culas Bayar Gaji Pekerja, Sasha Abdul Aziz Tampil Beri Penjelasan – ‘Lain Kali Jangan Hilangkan Barang Yang Syarikat Dah Bagi’

    Selamatkan diri

    Berkongsi lebih lanjut, aktor kelahiran Johor itu berkata dalam keadaan cemas, dia lebih memilih untuk ‘membersihkan’ namanya terlebih dahulu dengan memberitahu jiran bahawa perbuatan tersebut dilakukan oleh saudaranya.

    Dalam pada itu, nasib menyebelahi mereka apabila kebakaran tersebut sempat dikawal dan rumah berkenaan tidak mengalami kerosakan serius.

    Sepatutnya saya perlu tolong padamkan api itu.

    Tapi masa itu saya panik dan terus ke rumah jiran untuk meminta bantuan.

    Saya terus beritahu bahawa bukan saya yang membakar pokok itu, tapi saudara saya yang bakar.

    Nasib rumah itu sempat diselamatkan daripada terbakar.

    The post ‘Saya Main Mercun Hampir Terbakar Rumah Jiran’ – Zarif Ghazzi Kongsi Detik Cemas Semasa Raya first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah