26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, October 27, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya & Faizal Hussein Buktikan Pada Usia 58 Tahun, Kami Juga Boleh Viral’ – Rosyam Nor

    Shopee Sale



    Pelakon, Datuk Rosyam Nor menyifatkan usia bukan penghalang bagi seseorang pelakon untuk mencetuskan impak dalam dunia lakonan.

    Rasa syukur

    Masakan tidak, lakonannya menerusi drama ‘Keluarga Itu’ serta lakonan sepupunya, Faizal Hussein menerusi drama ‘Bidaah’ mendapat sambutan hingga menjadi kegilaan peminat di negara seberang.

    Malah, pemilik nama Mohamed Noor Shamsuddin ini turut meluahkan rasa syukur kerana masih memiliki aura untuk menarik minat penonton sama ada generasi baharu mahupun generasi lama.

    Segalanya adalah rezeki daripada Allah SWT. Dahulu, kebanyakkan drama hanya ingin mengambil pelakon-pelakon muda sahaja.

    Namun, saya dan Faizal yang juga sepupu membuktikan pada usia 58 tahun, kami juga boleh viral.

    Ramai yang suka tonton drama kami. Tak semestinya yang muda sahaja kena viral. Namun, viral kami disebabkan bakat. Pada awalnya, orang membenci dan maki saya.

    Bila baca semula komen, mereka sebenarnya kagum dengan lakonan saya.

    Rosyam berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di GSC Aurum Theatre, TRX Exchange, Kuala Lumpur pada Rabu lalu.

    Pentingkan bakat

    Dalam masa yang sama, pelakon yang terkenal menerusi filem ‘KL Menjerit’ ini juga berpendapat bakat merupakan satu elemen yang sangat penting dalam diri seorang pelakon.

    Kebanyakan platform penstriman suka membuat cerita ala-ala Hollywood tapi akhirnya cerita-cerita ‘kampung’ ini yang meletup.

    Siapa boleh bayangkan tiba-tiba Faizal boleh meletup sampai ke Indonesia. Mana ada pelakon-pelakon muda yang meletup sampai ke sana seperti Faizal.

    Ini membuktikan bakat dan peluang itu penting. Alhamdulillah lakonan kami jadi fenomena. Setiap pelakon mengimpikan sebegitu.

    Tambah Rosyam, dia menyifatkan kejayaan ini datangnya daripada usaha keras mereka selepas hampir 40 tahun berkecimpung dalam industri.

    Sebelum ini, ramai juga yang buat drama tentang ajaran sesat dan haruan makan anak tapi tak menjadi seperti mana Faizal dan saya berlakon.

    Namun, ia bukanlah disebabkan kami sahaja tapi juga dibantu dengan kekuatan naskhah dan pelakon-pelakon lain juga. Ia adalah satu gabungan yang baik.

    Sekadar info, lakonan Rosyam dan sepupunya, Faizal Hussein mencipta fenomena sehinggakan ramai yang membenci kerana keberkesanan mereka dalam menjayakan watak.

    MENARIK:  Lebih 58,000 Kunjungi HKN 2025, Jualan Cecah RM21 Juta

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah