Suami kepada pelakon dan pengacara, Yatt Hamzah iaitu Mohd Zulfadhli Khiruddin antara 15 sukarelawan yang ditahan ketika menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Artikel Berkaitan: Nadzmi Adhwa Bingung Tiada Khabar Terkini Daripada Ardell Aryana, Netizen Kongsi Bot Masih Berlayar
Artikel Berkaitan: ‘Mereka Makin Dekat Dengan Bot Kami’ – Live Ardell Aryana Terputus Lagi
Tak tahu keadaan suami
View this post on Instagram
Menurut Yatt, dia dan keluarga masih belum mengetahui keberadaan serta keadaan suaminya yang ditahan Zionis pada tengah malam tadi.
Suami saya, Mohd Zulfadhli Khiruddin, salah seorang peserta Misi Sumud Flotilla, telah ditahan oleh tentera Israel (IDF) pada tengah malam tadi.
Sehingga saat ini, saya bersama seluruh keluarga masih tidak mengetahui keberadaan serta keadaan beliau dan sahabat-sahabat misi lain.
Yatt, 45, juga merayu untuk mengambil tindakan tegas bagi mendesak Israel agar segera membebaskan dan menghantar suaminya dan sukarelawan yang lain pulang dengan selamat.
Dalam pada itu, Yatt merayu kepada seluruh rakan-rakan di media sosial untuk menyebarkan kenyataan ini, agar tekanan dan kecaman sekeras-kerasnya dapat diberikan kepada rejim Israel yang telah menahan sekumpulan aktivis kemanusiaan yang hanya membawa makanan dan ubat-ubatan secara aman untuk rakyat Gaza yang terkepung.
Mereka diserbu dan diculik di perairan antarabangsa dan ini merupakan satu bentuk jenayah yang wajib dikutuk sekeras-kerasnya.
Saya turut memohon semua yang membaca kenyataan ini agar mendoakan keselamatan para peserta misi. Jika tidak keberatan, mohon juga bersama-sama melakukan solat hajat agar Allah melindungi mereka semua.
Saya bagi pihak suami mohon maaf kepada semua yang mengenalinya, atas salah silap suami saya dan sekali lagi mohon doakan keselamatan dan kesejahteraan suami saya.
The post ‘Saya Bersama Seluruh Keluarga Masih Tidak Mengetahui Keberadaan Serta Keadaan Suami’ – Yatt Hamzah first appeared on OHBULAN!.