26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 16, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pelakon Cantik Membuang Karier Seni Untuk Menjadi Tukang Cuci dan Pemungut Sampah Disebabkan Kebosanan

    Shopee Sale



    Seorang pelakon Korea Selatan yang dikenali sebagai Choi Kang Hee nekad meninggalkan dunia glamor dan memulakan kehidupan baharu selepas bosan dengan kehidupan sebagai seorang anak seni.

    Bosan sebagai anak seni

    Menerusi laporan AllKpop, Kang Hee, 47, memberitahu dia tidak pernah berasa gembira dengan apa yang dilakukan sebelum ini meskipun sudah 25 tahun berada dalam industri hiburan. Tambahnya, selepas tidak aktif berlakon, dia melakukan pelbagai kerja termasuk menjadi tukang cuci di restoran.

    Bukan itu sahaja, Kang Hee turut mengambil upah sebagai tukang cuci di rumah selebriti.

    Sudah tiga tahun saya tidak berlakon. Saya beritahu kepada keluarga untuk berhenti dan mereka setuju. Saya tukar nombor telefon dan beritahu kepada pengurus supaya tidak lagi menerima sebarang tawaran berlakon.

    Saya sudah bekerja selama 25 tahun dan tidak rasa gembira. Saya mencuba sesuatu selain bidang lakonan. Jadi saya mengambil kelas penulis.

    Saya juga buat kerja sambilan di restoran sebagai tukang cuci. Saya juga menjadi tukang cuci di rumah selebriti.

    Pelakon ‘Queen of Mystery’ ini juga dilihat pernah bekerja sebagai tukang pemungut sampah.

    Saya bekerja mengutip sampah hari ini di tengah malam. Sungguh seronok bekerja apabila tidak ramai orang berada di atas jalan.

    MENARIK:  Belanjawan 2025: Ini 10 Tumpuan Utama Yang Rakyat Perlu Ambil Tahu! Lawa Warna Baju Melayu PMX

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah