24.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pablo Amirul & Dr Hana Rose Sah Jadi Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

    Shopee Sale

    Pelakon Pablo Amirul kini sah bergelar suami kepada pakar estetik, Dr Hana Rose, dengan hanya sekali lafaz pada pukul 12.30 tengah hari, pada Isnin.

    Artikel Berkaitan: Dr Hana Rose Serahkan Persiapan Kahwin Kepada Bakal Suami, Sifatkan Pablo Sebagai Lelaki Setia – ‘Cinta Dia Sangat Besar’

    Artikel Berkaitan: Pablo Amirul Bakal Tamatkan Zaman Bujang Februari Ini

    Mas kahwin RM800

    Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Dr Hana sebagai wali dengan Datuk Seri Dr Hasrul Sani bertindak sebagai jurunikah, manakala abang pengantin perempuan, Datuk Dr Awang Faisal, turut menyaksikan akad nikah.

    Pablo kelihatan segak dan tenang dalam persalinan pengantin serba putih.

    Pablo atau Amirul Hisyam Mohd Sakri, 41, menyerahkan mas kahwin berbentuk wang tunai RM800, sebentuk cincin berlian dan seperangkap alat solat, manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

    MENARIK:  [VIDEO] Amira Othman Serba Salah Nak Kongsi Kehidupan Selepas Bergelar Isteri – ‘Orang Cakap Baru Kahwin Semua Indah’

    Majlis yang diadakan secara sederhana itu berlangsung di The Dove Hall, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

    Majlis tersebut turut dihadiri ahli keluarga kedua-dua belah pihak, sahabat handai serta rakan media. Antara selebriti yang hadir termasuk Rozita Che Wan, Zain Saidin, Ellie Suriaty dan Chacha Maembong.

    Sebelum ini, Pablo mengakui keputusan untuk bernikah dibuat secara ringkas kerana tidak mahu menangguhkan perkara baik.

    Pasangan itu mula membuka kisah percintaan mereka pada April tahun lalu dan hubungan mereka kini sudah mendapat restu keluarga.

    Sumber: mStar

    The post Pablo Amirul & Dr Hana Rose Sah Jadi Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah