25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, October 3, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nizam Kama Terkilan Tak Dapat ‘Job’ Hanya Kerana Dianggap Bukan Artis – ‘Dah 13 Tahun Saya Berlakon’

    Shopee Sale

    Pelakon Nizam Kama meluahkan rasa terkilan apabila terlepas tawaran berlakon hanya kerana dirinya tidak dianggap sebagai artis.

    Artikel Berkaitan: Adam Shahz Rasa Kelakar Tak Dapat ‘Job’ Hanya Kerana ‘Followers’ Di IG 179k – ‘Kau Nak Cari Pelakon Ke Pengikut?’

    Nizam terkilan

    View this post on Instagram

    A post shared by Nizam Kama (@nizamkama7)

    Menerusi Threads, Nizam yang memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp bersama seorang individu meluahkan rasa kecewa kerana bakatnya masih tidak dipandang meskipun sudah 13 tahun dalam industri.

    ‘Sorry Nizam, diaorang (mereka) nak artis’.

    Dah 13 tahun berlakon, belum layak untuk dipanggil artis.

    Agaknya bila umur 99 tahun kot baru layak.

    Tambah Nizam, dia tidak pernah berharap untuk digelar selebriti namun terkilan dengan alasan yang diberikan.

    Sebenarnya tak hadap pun dengan panggilan apa pun tapi itu lah hakikat alasan yang diberikan.

    Pastu tengok yang dapat berlakon watak itu baru lagi berlakon.

    Garu kepala juga la, huhu.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata semangat dan berharap agar pelakon filem ‘War On Teror: KL Anarki’ tidak berputus asa dalam bidang lakonan.

    MENARIK:  Suliza Salam Membantah Dakwaan Bekas Suami Mengenai 4 Pita Filem Sarimah Ahmad – 'Dia Bukan Orang yang Suka Melakukan Keganasan'

    Terdahulu, pelakon Adam Shahz turut meluahkan rasa terhibur apabila dia terlepas tawaran berlakon hanya kerana tidak mempunyai pengikut melebihi 500,000 orang di media sosial.

    Sumber: Threads

    The post Nizam Kama Terkilan Tak Dapat ‘Job’ Hanya Kerana Dianggap Bukan Artis – ‘Dah 13 Tahun Saya Berlakon’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah