29.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Najmi Niery Terharu Tercalon ABPBH 37, Tak Akan Lupa Kenangan Ditahan Dalam Lokap Untuk Bergelar Anak Seni

    Shopee Sale

    Penyanyi meningkat naik, Najmi Niery meluahkan rasa terharu apabila namanya tersenarai dalam kategori Artis Baharu Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 (ABPBH 37).

    Artikel Berkaitan: ‘Teruja Melihat Nama Saya Pertama Kali Dicalonkan Dalam ABPBH 37’ – Aizat Saha

    Rasa terharu

    Menerusi hantaran di Threads, Najmi berkata, pencalonan tersebut menjadi pembakar semangat untuknya terus aktif dalam bidang muzik walaupun sedar dirinya masih belum dikenali ramai.

    Saya tahu saya bukanlah nama popular dalam industri muzik, tetapi saya tetap bersyukur dengan pencalonan di ABPBH ini kerana ia menjadi semangat untuk saya terus berkarya.

    Kalau anda kenal saya melalui single pertama Dekati, saya harap anda dapat sokong dan undi saya di ABPBH.

    Berkongsi kisah peribadi, Najmi tidak akan melupakan pengalaman pahit pernah ditahan di lokap sebelum ini yang disifatkan sebagai sebahagian momen terindah untuk bergelar anak seni.

    Kalau rezeki saya menang, pengalaman pahit pernah melalui lokap ini akan terasa berbaloi dalam perjalanan seni muzik saya.

    ABPBH 37 mempertandingkan 16 kategori utama termasuk Penyanyi Popular, Artis Baharu Popular, Aktor/Aktres Popular, Pengacara TV Popular dan Artis Komedi Popular.

    MENARIK:  VIDEO] Ameera Khan Larang Jefri Nichol Terlibat Dengan Adegan ‘Dewasa’ 

    Turut diperkenalkan, lima kategori Ekstra! iaitu Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Lagu Paling Boom Popular, Artis Kontroversi Popular dan Seller Terpaling Popular.

    Trofi utama Bintang Paling Popular ABPBH 37 akan diberikan kepada calon dengan undian tertinggi bersama markah juri profesional, manakala Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat turut disediakan bagi menghargai jasa tokoh seni.

    Undian sudah dibuka sehingga 9 November 2025 melalui laman web rasmi http://www.abpbh.com.my, dengan kombinasi 70 peratus undian peminat dan 30 peratus juri profesional.

    The post Najmi Niery Terharu Tercalon ABPBH 37, Tak Akan Lupa Kenangan Ditahan Dalam Lokap Untuk Bergelar Anak Seni first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah