Kempen komuniti ‘Makan Sini Best’ anjuran MyResipi kini bergerak ke fasa kedua bagi menobatkan “Nasi Lemak Paling Best di Lembah Klang” berdasarkan undian orang ramai.
Artikel Berkaitan: MyResipi Lancar Kempen ‘Makan Sini Best’, Misi Mencari Nasi Lemak No.1 Di Lembah Klang
Artikel Berkaitan: Kontijen Paling Comel Akan Sertai Perbarisan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Di Dataran Putrajaya Esok!
100 pencalonan

Sepanjang bulan Ogos, MyResipi dimaklumkan telah menerima lebih 100 pencalonan daripada para pembaca dan hasilnya lima jenama nasi lemak terunggul telah berjaya disenarai pendek.
Antara yang tersenarai ialah Nasi Lemak Yam Yam yang terkenal dengan sambal istimewa dari utara, Nasi Lemak Saleha yang sambalnya tidak terlalu pedas dan lauk ayam rendang yang digemari serta Nasi Lemak Village Park yang keistimewaannya terletak pada ayam goreng berempah rangup dan nasi santan segar.
Tidak hanya itu, Nasi Lemak Tamparuli turut tersenarai yang menampilkan sambal tumis pekat dan Nasi Lemak Tok Ami yang dibungkus dengan daun pisang dengan resepi turun-temurun.
Sementara itu, penulis Kanan Kandungan Berjenama, REV Media Group, Muhamad Shaifullah Tayep berkata undian daripada rakyat Malaysia adalah kunci untuk menobatkan juara sebenar.
Ini peluang kita untuk meraikan pengusaha tempatan yang setiap hari menghidangkan nasi lemak terbaik mengikut cita rasa komuniti.
Sokongan anda akan memberi pengiktirafan yang mereka layak terima
Orang ramai boleh membuat undian di laman mikro rasmi myresipi.com/makansinibest sehingga 7 Oktober 2025.
Dalam pada itu, kempen ini turut dihangatkan dengan Peraduan Komen Paling Meyakinkan di Facebook MyResipi dengan hadiah yang akan dimemenangi adalah Le Nona Jumbo Rose Wok Set dan Le Nona European Rose Tableware Set.
Kemuncak kempen ini akan berlangsung pada Khamis, 9 Oktober 2025, melalui acara mini khas bertempat di kedai Nasi Lemak Paling Best di Lembah Klang yang akan diberitahu kelak.
Antara yang menarik, pengunjung terawal dapat menikmati 100 nasi lemak percuma, produk tajaan Sunshine Bakeries Malaysia dan ZUS Coffee serta pelanggan ke-50 akan membawa pulang Le Nona Tropical Orchid Tableware Set.
Orang ramai dialu-alukan untuk mengundi dan turut serta dalam acara kemuncak bagi menyaksikan detik penobatan juara Nasi Lemak Paling Best pilihan rakyat Malaysia.
The post MyResipi Bergerak Ke Fasa Kedua ‘Makan Sini Best’, Cari Juara Nasi Lemak Paling Digemari first appeared on OHBULAN!.