27.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 5, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Mereka Makin Dekat Dengan Bot Kami’ – Live Ardell Aryana Terputus Lagi

    Shopee Sale

    Selepas cubaan menyembunyikan telefon bimbit, pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana kembali melakukan siaran langsung di TikTok sebelum dimatikan semula kira-kira jam 3.25 pagi.

    Artikel Berkaitan: ‘Mereka Sebut See You In Jail, Saya Orang Last Akan Lempar Telefon’ – Ardell Aryana

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ardell Aryana Kongsi Cara Berwuduk & Sembahyang Sepanjang Pelayaran Misi Kemanusiaan – ‘Ombak Tinggi Sekalipun Tetap Kena Solat’

    Kena kepung dekat sangat

    Sebelum siaran langsung dimatikan, Ardell, 35, mendedahkan bot yang dinaikinya kembali dikepung tentera Israel.

    Kata Ardell, dia sudah bersedia untuk membuang telefon bimbit ke dalam laut sekiranya tentera terbabit menaiki bot mereka.

    Saya kena kepung tadi banyak sangat bot. Tapi alhamdulillah Allah lindungi kami.

    Saya belum buang lagi telefon saya. Saya tak akan buang selagi mereka belum naik ke atas bot.

    Tambah pemilik nama Nurul Hidayah Mohd Amin, dia juga mendengar jeritan yang sangat kuat namun tidak dapat dipastikan dari arah bot yang mana satu.

    Line internet slow

    Dalam pada itu, Ardell juga memohon kerjasama orang ramai yang menonton untuk merakam dan menyebarkan tindakan Tentera Israel yang menyerang bot orang awam.

    Saya punya line akan jadi slow sebab IDF dah sekat. Kami cuba plug off dan plug ini semula.

    Mereka makin dekat dengan bot kami. Kali ini, saya kena bersedia untuk membuang telefon bimbit saya.

    Korang jangan panik, tengok saja. Ground team kami akan update insya-Allah sekiranya tidak ada update dari semua sukarelawan kami.

    Tentang kami jangan risau, patah tumbuh hilang berganti. Kami dah tak ada nanti, akan ada lagi sukarelawan yang lain. Insya-Allah. Allah sebaik-baik perancang. Semoga Allah menjaga kami.

    Setakat artikel ditulis, Kapal Alma yang membawa tiga rakyat Malaysia iaitu Sul Aidil Sudi, Ahmad Musa Al Nuwayri Kamaruzaman dan Iylia Balqis Suhaimi ditangkap tentera Israel.

    MENARIK:  [VIDEO] Andy Teh Ajak Bangsa Cina Tonton Filem Blood Brothers: Bara Naga – ‘Cerita Ini Sesuai Untuk Semua Kaum’

    Sumber: TikTok

    The post ‘Mereka Makin Dekat Dengan Bot Kami’ – Live Ardell Aryana Terputus Lagi first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah