28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 27, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Malaysia Bukan Tiada Pelakon Aksi, Cuma Tak Diberi Peluang’ – Adam Lee

    Shopee Sale

    Pelakon, Adam Lee bersedia menguji kemampuan diri menerusi acara sukan tempur Fury Redemption yang dijadual berlangsung Ahad ini.

    Artikel Berkaitan: Fareez Fauzi Kurang Terima Tawaran, Nekad Sertai Sukan Tinju – ‘Asal Halal, Saya Sanggup’

    Lawan bukan untuk menang

    Adam atau nama sebenarnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee berkata, penyertaan itu sebagai bukti keupayaan diri serta mengubah persepsi segelintir pihak yang menganggap industri hiburan kekurangan pelakon aksi.

    Menurut Adam, soal menang atau kalah bukanlah keutamaan, sebaliknya dia mahu mempamerkan aksi yang berkualiti dan menghiburkan.

    Saya tak letakkan harapan tinggi. Menang atau kalah itu perkara biasa dalam apa jua sukan, walaupun sudah tentu setiap atlet ada keinginan untuk menang.

    Apa yang penting, saya tak mahu orang mengata. Saya nak perlawanan itu jadi sedap mata memandang.

    Sebenarnya Malaysia bukan tiada pelakon aksi, cuma ramai yang tak diberi peluang. Selalu orang yang sama saja diulang.

    Adam berkongsi perkara itu ketika ditemui di acara Wham Pickleball with The Stars yang diadakan di Shah Alam, pada Sabtu.

    Keluar zon selesa

    Mengulas lanjut, Adam mengakui sudah lebih sedekad menyimpan impian untuk terlibat dalam naskhah berunsur aksi, namun peluang tersebut masih belum memihak kepadanya.

    Sering dikenali menerusi watak romantik, aktor berusia 31 tahun itu kini bertekad untuk keluar daripada zon selesa dan membuktikan dirinya sebagai pelakon versatil.

    Umur saya dah 31 tahun dan orang kenal saya sebagai pelakon drama atau filem romantik. Jadi saya nak keluar daripada kepompong itu.

    Lebih 10 tahun saya cuba dapatkan watak aksi, pergi casting sana sini, tapi masih belum ada rezeki.

    Menurut Adam, penyertaannya dalam perlawanan ini juga diharap dapat membuka mata pihak penerbit dan pengarah untuk memberi peluang kepada pelakon lain yang berpotensi.

    Saya nak buktikan yang saya boleh berlakon aksi. Ini juga untuk buka mata orang atasan supaya beri peluang kepada kami.

    Saya tak terkilan, cuma berharap diberi peluang. Rezeki masing-masing berbeza. Saya tak pernah putus asa. Saya antara yang kerap pergi casting, cuma kadang-kadang tak dapat atau ditukar pada saat akhir.

    Paling penting kita jangan ada sifat dengki. Allah bagi rezeki berbeza-beza dan saya banyak belajar perkara itu daripada isteri saya.

    Sebagai rekod, Adam Lee bakal berentap dengan pelakon dan pempengaruh, Alif Muhaimin, dalam kategori Lightweight Bout Muay Thai yang akan berlangsung di Arena Sukan, Kuala Lumpur pada 28 Disember ini.

    MENARIK:  Filem Ninavau Ketengah Konflik Mualaf, Pengarah Kongsi Pengalaman – ‘Saya Mahu Angkat Isu Penerimaan Keluarga & Toleransi Masyarakat’

    The post ‘Malaysia Bukan Tiada Pelakon Aksi, Cuma Tak Diberi Peluang’ – Adam Lee first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah