27.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 23, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Liyana Jasmay Terima Teguran PU Syed Dengan Hati Terbuka – ‘Yang Berkata Buruk Saya Maafkan’

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay, menerima teguran penceramah bebas, PU Syed, berhubung imej seksinya dengan hati yang terbuka.

    Artikel Berkaitan: ‘Kena Ingat Sebagai Umat Islam, Kita Terikat Dengan Halal & Haram’ – PU Syed Tegur Liyana Jasmay

    Terima teguran

    Menurut Liyana, 37, dia tidak menyimpan sebarang perasaan marah, malah memilih untuk memaafkan netizen yang bercakap buruk mengenai dirinya.

    Apa sahaja komen baik atau buruk, saya terima dengan hati terbuka. Saya tidak mahu panjangkan isu ini, tidak marah dan tidak simpan sakit hati.

    Semoga doa yang baik akan kembali kepada saya dan juga mereka yang mendoakan. Yang berkata buruk pula, saya maafkan.

    Kalau terserempak saya di mana-mana, janganlah segan untuk menegur. Saya tidak ambil hati, kecuali jika melibatkan ibu bapa.

    Liyana berkata demikian ketika ditemui di acara Liyana Jasmay Secret Party yang berlangsung di Liberal Cafe, Damansara pada Selasa.

    Mengulas lanjut, ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, setiap orang berhak menyuarakan pendapat masing-masing dan dia menghormati pandangan yang diberikan.

    Sesiapa sahaja berhak mengemukakan pandangan. Apa yang ingin dikatakan terpulang, semua orang bebas bersuara.

    Dalam masa sama, pelantun lagu Aku Tak Percaya itu turut menjelaskan dia lebih selesa untuk tidak membaca komen netizen.

    Saya tidak baca komen atau berita yang mengaitkan diri saya kerana ada banyak hal lebih penting untuk diuruskan. Cuma ada juga yang maklumkan kepada saya. Lagi pula, saya bukan artis yang gemar cetus kontroversi.

    Apa sahaja nasihat, saya terima dengan hati terbuka. Semoga kita semua menjadi lebih baik, insya-Allah.

    Terdahulu, Liyana berdepan kritikan hebat kerana gaya penampilannya yang dianggap terlalu seksi. Bagaimanapun, dia menegaskan tetap terbuka menerima teguran yang baik sebagai panduan untuk memperbaiki diri pada masa akan datang.

    MENARIK:  ‘Kena Guna Saluran Yang Betul Kalau Nak Buat Pinjaman Wang’ – Fiziwoo

    Kenyataan Liyana kemudian mendapat perhatian PU Syed yang menegur tentang hukum halal dan haram, serta menasihatkan agar setiap tindakan dinilai berlandaskan panduan agama.

    Menurutnya, sesiapa yang memulakan sesuatu amalan buruk akan menanggung dosa bukan sahaja untuk dirinya, tetapi juga bagi setiap individu yang mengikutinya.

    The post Liyana Jasmay Terima Teguran PU Syed Dengan Hati Terbuka – ‘Yang Berkata Buruk Saya Maafkan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah