28.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 29, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    KPM Keluarkan Takwim Cuti Sekolah 2026

    Shopee Sale

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan kalendar akademik serta tarikh cuti sekolah bagi sesi persekolahan tahun 2026.

    Artikel Berkaitan: Rita Rudaini Stres Dengan KPM Mansuh Peperiksaan, Harap Ringankan Silibus – ‘Jadi Menteri Kena Dengan Rintihan Rakyat’

    Artikel Berkaitan: Bantuan Awal Persekolahan 2025: KPM Mulakan Agihan RM150 kepada Murid

    Dua kumpulan, dua jadual berbeza

    Seperti kebiasaan, sesi persekolahan dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu Kumpulan A yang melibatkan negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu.

    Manakala bagi Kumpulan B merangkumi negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan serta Putrajaya.

    Penggal 1 (Kumpulan A)

    • Sesi persekolahan bermula: 12 Januari 2026
    • Cuti pertengahan penggal: 20 Mac – 28 Mac 2026
    • Cuti pertengahan tahun: 22 Mei – 6 Jun 2026

    Penggal 2 (Kumpulan A)

    • Sesi persekolahan bermula: 7 Jun 2026
    • Cuti pertengahan penggal: 28 Ogos – 6 September 2026
    • Cuti akhir tahun: 4 Disember – 31 Disember 2026

    Penggal 1 (Kumpulan B)

    • Sesi persekolahan bermula: 12 Januari 2026
    • Cuti pertengahan penggal: 21 Mac – 29 Mac 2026
    • Cuti pertengahan tahun: 23 Mei – 7 Jun 2026

    Penggal 2 (Kumpulan B)

    • Sesi persekolahan bermula: 8 Jun 2026
    • Cuti pertengahan penggal: 29 Ogos – 6 September 2026
    • Cuti akhir tahun: 5 Disember – 31 Disember 2026
    MENARIK:  Rebecca Nur Al Islam Henti Pertelingkahan, Terima Nasihat Abang Sulung – ‘Saya Akan Padam Segala-Galanya’

    Cuti umum 2026

    Malaysia terkenal sebagai salah satu negara dengan jumlah cuti umum tertinggi di dunia.

    Hal ini kerana negara kita meraikan pelbagai perayaan serta hari penting di peringkat persekutuan dan negeri, menjadikan kalendar tahunan dipenuhi dengan pelbagai hari kelepasan.

    Antara tarikh penting yang boleh digabungkan dengan cuti sekolah:

    • Tahun Baharu: 1 Januari
    • Hari Wilayah Persekutuan: 1 Februari
    • Hari Thapusam: 1 Februari
    • Tahun Baru Cina: 17 & 18 Februari
    • Hari Nuzul Al-Quran 7 Mac
    • Hari Raya Aidilfitri: 21 & 22 Mac
    • Hari Pekerja: 1 Mei
    • Hari Raya Qurban: 27 Mei
    • Hari Wesak: 31 Mei
    • Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda YDPA : 1 Jun
    • Awal Muharram: 17 Jun
    • Maulidur Rasul: 25 Ogos
    • Hari Kebangsaan: 31 Ogos
    • Hari Malaysia: 16 September
    • Deepavali: 8 November
    • Krismas: 25 Disember

    Cuti sekolah bagi tahun 2026 telah pun disahkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, jadi inilah masa yang terbaik untuk mula merancang percutian dengan lebih awal.

    Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

    The post KPM Keluarkan Takwim Cuti Sekolah 2026 first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah