Kempen Mi Sedaap Beskal Bekpes Hot akhirnya menamatkan perjalanan sejauh 450 kilometer yang merentasi Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Pengalaman pasukan Beskal Bekpes Hot

Kayuhan yang bermula pada 20 November 2025 itu berakhir dengan ketibaan pasukan di Shah Alam pada jam 2.00 petang, menandakan tamatnya misi kayuhan terbesar anjuran Hot FM tahun ini.
Perjalanan hari terakhir memberikan cabaran paling besar apabila pasukan perlu melalui cuaca tidak menentu, namun tetap meneruskan kayuhan dari Kuala Selangor ke Shah Alam.
Sesi pelepasan terakhir berlangsung di Warung Wak Salim, Kuala Selangor, dibanjiri penyokong sejak awal pagi. Mereka tidak lepaskan peluang memberikan kata-kata semangat kepada barisan personaliti Hot FM iaitu KJ, Johan, Fara Fauzana dan AG serta peserta-peserta lain.
Majlis pelepasan itu dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Noorazley Bin Yahya, ADUN Bukit Melawati. Pasukan Beskal Bekpes Hot kemudian perlu melengkapkan jarak akhir kira-kira 70 kilometer sebelum menamatkan kayuhan di Shah Alam. Seterusnya, mereka berhenti di Gulai Kawah Batang Pisang, Kampung Parit Mahang.
Personaliti Hot FM iaitu KJ turut berkongsi pengalaman dan cabarannya sepanjang menyertai kayuhan Beskal Bekpes Hot.
Saya dah sampai di hentian yang pertama iaitu Gulai Kawah Batang Pisang, yang lain masih berada di belakang. Harini cuaca tidak mengizinkan angin yang kencang, hujan yang lebat namun geng Hot FM, kru serta rakan-rakan Beskal Bekpes Hot masih gigih untuk sampai ke garisan penamat.
Kayuhan kemudian diteruskan sehingga ke Restoran Satay Famili, Meru Klang, yang menjadi hentian kedua sebelum ke Shah Alam.
Sementara itu, Johan menceritakan bagaimana dia yang berada di kelompok paling belakang memecut hingga berjaya berjaya mengejar kumpulan hadapan.
Hari Kelima dan di hentian yang kedua dan saya yang belakang sekali. Alhamdulillah kita dapat mengejar Chief. Sebenarnya memang agak susah sebab chief adalah orang yang sangat powerful.
Bukan sahaja powerful tapi Chief ni maintain je dan susah nak kejar dia dengan Amar Baharin dan dengan pace dia macam tu kita rasa tercabar. Tapi team bantu kita untuk kejar Chief.
Alhamdulillah ada team grupetto yang bantu kita kejar Chief dan sampai sama sama.
Penamat Mi Sedaap Beskal Bekpes Hot

Kayuhan Mi Sedaap Beskal Bekpes Hot sejauh 450 kilometer itu berakhir di PKNS Galeria SA Sentral, Shah Alam.
Menurut Raja Khairil, Pengarah Kanan Kandungan Hot FM menyifatkan kempen ini bukan sekadar kayuhan tetapi kempen ini turut mencerminkan kekuatan mental, disiplin tinggi, semangat komuniti serta hubungan akrab antara Hot FM dan pendengarnya.
450 kilometer dari Alor Setar hingga ke Shah Alam kita jumpa macam macam orang, yang lambai team bekpes hot dan yang tunggu di hentian, best journey. Memang objektif kita tercapai, sebab kita nak jumpa dengan komuniti kita dapat jumpa depan depan.
Cabaran mestilah ada, cuaca dan teknikal mesti ada, tapi semangat team semangat Bekpes Hot hari ni kita sampai di Shah Alam.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, Nazri Notan, menegaskan bahawa Hot FM sentiasa mencari ruang melakukan sesuatu yang luar daripada kebiasaan.
Kita ni sentiasa nak kan cabaran yang baru, radio ni bukan sekadar radio yang siaran di dalam studio tapi ianya boleh juga berada diluar dan tiada limitasi. Kalau kita letak mindset disitu dan adanya kerjasama seperti KJ, Johan, Fara Fauzana dan AG mesti boleh lakukan.
Diaorang ni memang sukakan adventure, dengan adanya sokongan dan semangat terutamanya Chief, dari mulanya dengan Bekpes Hot bersiaran secara langsung dalam train dari KL ke Padang Besar. Jadi selepas tu kita pun buat mendaki Gunung Kinabalu dan sebagainya. Jadi bila dah boleh buat, mereka pun menunggu what’s next’
Sementara itu, Hot FM menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang tidak henti memberikan sokongan sejak permulaan kempen khusus kepada penaja utama, Mi Sedaap.
Selain itu, Hot FM juga berterima kasih kepada rakan-rakan strategik seperti Joo Ngan & Son, Pro Pain, Pro Apparel, Supbonk, Plan A serta MyDigital ID yang turut memainkan peranan penting memastikan kelancaran setiap peringkat kempen.
Ucapan terima kasih turut diberikan kepada selebriti serta personaliti yang bersama memeriahkan program, antaranya Datuk Muqharabbin (Datuk Qobin), Ozlyn Wati dan Amar Baharin.
Untuk mengikuti perkembangan seterusnya, orang ramai boleh mengikuti laman sosial rasmi @hotfm976 serta menstrim Hot FM secara langsung melalui Audio+.
The post Kempen Mi Sedaap Beskal Bekpes Hot Berjaya Tamat Kayuhan Sejauh 450KM first appeared on OHBULAN!.





