33.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kalau Tidak, Saya Di Lokasi Gerak Khas’ – Kismah Johar Hadir Beri Sokongan Moral Buat Syed Saddiq

    Shopee Sale

    Pelakon veteran Kismah Johar mengakui terharu selepas mengetahui Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kekal dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan atas empat kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

    Artikel Berkaitan: ‘Sekarang Dah Boleh Fikir Nak Ikat Bunga Telur’ – Ibu Syed Saddiq

    Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Kepada Tunang Saya Kerana Sentiasa Bersama’ – Ucapan Sorot Perhatian, Netizen Sifatkan Syed Saddiq ‘Green Forest’

    Beri sokongan

    Ketika ditemui , Kismah, 74, berkata penantian selama kira-kira enam tahun akhirnya berakhir dengan berita gembira yang dinanti-nantikan oleh semua pihak.

    Ya Allah, saya sangat terharu dan gembira sekali. Rasa segala kesabaran dan ketabahan sepanjang menunggu selama ini akhirnya terjawab.

    Sudah lama saya mengikuti perkembangan dia menerusi telefon dan laporan media.

    Saya memang yakin kebenaran akan memihak kepada dia. Dia sendiri sentiasa yakin dan berserah kepada Allah. Alhamdulillah, inilah keputusannya.

    Mengulas lanjut, Kismah berkata dia sepatutnya terlibat dalam penggambaran drama kepolisan popular, Gerak Khas, namun kebetulan hari ini merupakan hari cutinya.

    Tambah Kismah hasrat untuk hadir ke mahkamah sudah dirancang lebih awal dan dia telah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak produksi agar tidak mengganggu jadual kerja.

    MENARIK:  Nora Danish Beritahu Bahawa Rumah Tangganya Bermasalah, Tidak Tinggal Bersama Lagi – Perceraian Sebagai Pilihan Terakhir

    Katanya, kehadirannya adalah sebagai tanda sokongan moral buat Syed Saddiq pada detik penting yang dinantikan itu.

    Mereka (rakan-rakan artis) ada penggambaran. Kebetulan hari ini saya cuti. Kalau tidak, saya pun berada di lokasi penggambaran Gerak Khas.

    Memang daripada awal saya dah maklumkan kepada pembantu pengarah sebab saya mahu datang memberi sokongan.

    Dalam pada itu, Kismah turut menitipkan doa agar segala urusan Syed Saddiq bersama tunangnya, penyanyi dan pelakon Bella Astillah, berjalan lancar sehingga mereka melangkah ke jenjang pelamin.

    Harap semuanya dipermudahkan. Semoga mereka terus bersatu.

    Pada pagi Isnin, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Syed Saddiq daripada semua pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Bersatu.

    Keputusan itu sekali gus menyaksikan Syed Saddiq itu dilepas dan dibebaskan sepenuhnya daripada sabitan serta hukuman tujuh tahun penjara, dua sebatan dan denda RM10 juta selepas rayuan akhir pihak pendakwaan ditolak.

    The post ‘Kalau Tidak, Saya Di Lokasi Gerak Khas’ – Kismah Johar Hadir Beri Sokongan Moral Buat Syed Saddiq first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah