
Usahawan dan pempengaruh, Jofliam menyorot perhatian selepas meluahkan rasa syukur kepada isterinya, Dewi kerana menyayangi anak-anaknya tanpa batasan.
‘Terima kasih’

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Jofliam berkongsi gambar yang dimuat naik oleh Dewi ketika menyambut hari ulangtahun kelahiran Han dan Yuki pada Ahad.
Terima kasih menyayangi Han dan Yuki tanpa berbelah bahagi.
Semoga banyak memori lagi tercipta.
Jofliam berkata demikian selepas pemilik nama Emira Delyati Dewi bertungkus lumus membuat persiapan untuk majlis kecil itu.
Tidak hanya itu, Jofliam yang juga bekas suami kepada pempengaruh, Cik Epal turut meluahkan rasa berterima kasih kepada anaknya.
Terima kasih Han dan Yuki sentiasa menjadi nyawa papa sampai hari ini dan menjadi anak-anak yang kuat di usia sangat muda.
Mari cipta bahagia tapi kali ini dengan cara berbeza.
Untuk rekod, Jofliam menamatkan zaman dudanya dengan mengahwini Dewi pada awal bulan April.





