27.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 6, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jennifer Coppen Dikecam Sambut ‘Birthday’ Dengan Kekasih Baharu, Peminat ‘Backup’ – ‘Dia Berhak Bahagia’

    Shopee Sale

    Pelakon jelita Indonesia, Jennifer Coppen menerima kecaman teruk daripada netizen selepas berkongsi sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-24 di Instagram (IG).

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jennifer Coppen Mengaku Lahir Anak Luar Nikah, Tak Pernah Terdetik Nak Gugurkan – ‘Saya Tahu Salah, Takkan Nak Tambah Dosa?’

    Jennifer Coppen dah 24 tahun!

    View this post on Instagram

    A post shared by 𝘑𝘦𝘯𝘯𝘪𝘧𝘦𝘳 ♡ (@jennifercoppenreal20)

    Menerusi perkongsian dibuat, Jennifer meluahkan rasa syukur kerana diberi kesempatan untuk mengecapi usia yang ke-24.

    Ujar pelakon filem ‘Tembang Lingsir’ ini, dia tidak menyangka mampu berdepan dengan pelbagai ujian getir dikala usianya yang masih lagi muda.

    Tak pernah sangka hidup aku akan jadi seberat ini.

    Tak pernah sangka aku mampu bertahan selepas segala kesakitan yang aku lalui ketika usia semuda 24.

    Tapi aku bersyukur kepada Tuhan setiap hari kerana beri aku kekuatan.

    Aku berterima kasih pada anak perempuanku kerana menjadi sebab untuk aku terus hidup.

    Dan aku hargai setiap insan di sekeliling aku yang sentiasa beri sokongan.

    Menerusi perkongsian yang sama, Jennifer turut memuat naik beberapa foto dirinya yang menyambut ulang tahun kelahiran bersama keluarga dan kekasih baharunya yang merupakan pemain bola sepak Indonesia, Justin Hubner.

    MENARIK:  Suami Zehra Zambri Enggan Lafaz Cerai Bersebab, Masih Tinggal Serumah Sebagai Ibu Bapa – ‘Tanyalah Dia Anak Tidur Dengan Siapa?’

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam Jennifer yang dianggap terlalu awal mendapat pengganti hanya selepas setahun pemergian suami tercinta, Dali Wassink.

    Namun begitu, ada juga netizen yang mempertahan Jennifer dan menganggap pelakon itu berhak menemui kebahagiannya.

    Sementara itu, amatan mendapati Justin menutup ruangan komen selepas menerima pelbagai reaksi negatif daripada netizen.

    Sekadar info, Jennifer dan Dali mendirikan rumah tangga pada Oktober 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Kamari Sky.

    Walau bagaimanapun, perkahwinan mereka tidak kekal selepas Dali meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada Julai 2024.

    Sumber: IG Jennifer Coppen

    The post Jennifer Coppen Dikecam Sambut ‘Birthday’ Dengan Kekasih Baharu, Peminat ‘Backup’ – ‘Dia Berhak Bahagia’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah