Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin menitipkan ucapan sempena ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Nur Fatima Aisya.
Artikel Berkaitan: Selepas Hong Kong, Fattah Amin Rancang Bawa Fatima Ke Disneyland Paris
Artikel Berkaitan: Fattah Amin & Fatima Bergembira Di Hong Kong Disneyland
Ucapan Fattah buat Fatima
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram, Fattah menzahirkan rasa sayangnya yang tidak pernah berkurang sejak kehadiran cahaya mata sulung itu.
Selamat hari lahir anak Daddy Nur Fatima Aisya Binti Abdul Fattah selama-lamanya anak Daddy.
Tak pernah sesaat pun kasih sayang Daddy berkurang pada Fatima.
Fattah turut menitipkan doa buat Fatima agar anak perempuannya itu terus membesar dengan sifat terpuji dan menjadi penyejuk hati keluarga.
Daddy sentiasa mendoakan Fatima selamanya membesar menjadi orang yang baik, anak solehah kebanggaan Daddy.
Ilove you so much! See you tomorrow Fatima kita celebrate esok ya.
Untuk rekod, Fattah pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Nur Fazura pada 27 November 2017.
Pasangan ini kemudian bercerai pada Oktober 2024. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun.
Setahun bergelar duda, Fattah memilih kembali mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan pelakon Amira pada 14 September lalu.
Sumber: Instagram Fattah Amin
The post ‘Fatima Selama-Lamanya Anak Daddy, Tak Pernah Berkurang Pun Kasih Sayang’ – Fattah Amin Titip Ucapan Hari Lahir Anak first appeared on OHBULAN!.