26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 23, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Eyra Hazali Tak Halang Anak Jadi Artis – ‘Saya & Suami Hanya Mahu Yang Terbaik, Asalkan Mereka Minat’

    Shopee Sale

    Pelakon Eyra Hazali dan suami, Haziq Nadzli berkongsi pendirian sekiranya anak-anak mereka mahu menceburi bidang seni kelak.

    Artikel Berkaitan: Selalu Berjauhan Dengan Suami, Eyra Hazali Kongsi Tips Rumah Tangga – ‘Jujur Dengan Pasangan & Komunikasi Itu Penting’

    Artikel Berkaitan: Eyra Hazali Ajar Anak Tutup Mata, Elak Pengguna Tandas Wanita Rasa Tidak Selesa – ‘Kena Faham Orang Lain Juga’ 

    Eyra, suami tak halang minat anak

    Menjawab soalan seorang pengikut di Instagram Story, Eyra mengakui bahawa pada awalnya agak keberatan untuk membenarkan anak-anaknya menjadi pelakon atau penyanyi, memandangkan dia memahami cabaran dan selok-belok dunia hiburan.

    Walau bagaimanapun, Eyra dan Haziq kini bersetuju untuk memberi sokongan penuh sekiranya benar anak-anak mereka meminati bidang tersebut.

    Sejujurnya, dulu kami tidak begitu ‘into it’. Kerana Eyra tahu industri seni macam mana.

    Selepas berbincang dengan Haziq, kami okay jika mereka pilih jalan ini kerana minat.

    Kami sebagai ibu bapa hanya mahukan yang terbaik dan mahu mereka tahu yang mereka akan sentiasa mendapat sokongan kami.

    Dalam pada itu, Eyra turut mendedahkan bahawa anak-anaknya kini menunjukkan kecenderungan yang berbeza dan lebih terarah kepada bidang sukan, mengikut jejak langkah bapa mereka yang merupakan pemain bola sepak kebangsaan.

    Tapi sekarang nampak ke arah football la macam Papa diorang, but anything can happen kan?.

    Buat masa ini, Eyra fokus untuk memberi pendedahan dan peluang kepada anak-anaknya untuk meneroka pelbagai kemahiran, tanpa mengira bidang yang bakal diceburi kelak.

    Sekarang ini pun Eyra hantar kelas berenang, kelas bola sepak untuk mereka akses kepada kemahiran dan peluang untuk teroka aktiviti lain.

    Untuk rekod, Eyra mendirikan rumah tangga dengan Haziq pada 1 November 2019.

    MENARIK:  Hariz Hamdan Sentiasa Mengambil Kira Perasaan Mak Ayah dan Hindari Kontroversi Panas

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Qhalish, 5, Muhammad Endra Haqimie, 3, dan Muhammad Hud Ezqandar yang kini berusia setahun.

    The post Eyra Hazali Tak Halang Anak Jadi Artis – ‘Saya & Suami Hanya Mahu Yang Terbaik, Asalkan Mereka Minat’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah