26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 28, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Doakan Ibu Saya Yang Kini Sedang Bertarung Nyawa Di ICU’ – Anak A. Aida

    Shopee Sale

    Anak kepada penerbit terkenal, Datuk A. Aida iaitu Azeva Natassha memohon jasa baik orang ramai untuk mendoakan ibunya yang kini sedang bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

    Artikel Berkaitan: A.Aida Dimasukkan Ke ICU, Sahabat Mohon Doa Orang Ramai

    Artikel Berkaitan: A Aida Tak Galak Anak Jadi Pelakon Sepenuh Masa – ‘Saya Mahu Dia Uruskan Syarikat’

    Azeva mohon doa orang ramai

    Menerusi Instagram Story (IGs) Azeva yang memuat naik foto dirinya yang didukung A. Aida sewaktu kecil turut menitipkan doa agar ibu tercintanya diberikan kesembuhan.

    Saya dengan rendah hati memohon doa anda semua untuk ibu saya yang kini sedang bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU).

    Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan kepadanya, memulihkan kesihatannya, membangunkannya dalam keadaan baik tanpa sebarang komplikasi, serta melimpahkan rahmat dan perlindungan-Nya ke atasnya.

    Terdahulu, A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang dilaporkan rebah selepas menjalani rawatan fisioterapi di sebuah pusat perubatan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

    MENARIK:  Viral Dengan Lagu ‘Cintaku Sampai Ke Ethiopia’, Thamiera The Gadys Sah Duo Didi Astillah Di FD4

    Menurut Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim yang juga merupakan Dekan Fakulti Pengajian Islam (FPI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), sahabatnya itu difahamkan baru menjalani pembedahan lutut pada Selasa lalu dan berada dalam keadaan normal, namun tiba-tiba rebah selepas menjalani rawatan.

    Posting Azeva

    Sumber: IGs Azeva Natassha

    The post ‘Doakan Ibu Saya Yang Kini Sedang Bertarung Nyawa Di ICU’ – Anak A. Aida first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah