31.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 5, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Didakwa Curi Barang Kemas & Wang RM10k, Pembantu Peribadi Pelakon Wanita Popular Ditahan Polis

    Shopee Sale



    Sekadar gambar hiasan

    Pembantu peribadi kepada seorang pelakon wanita popular ditahan polis selepas didakwa mencuri barangan kemas pelakon itu, semalam.

    Rantai emas hilang

    Memetik laporan Harian Metro, wanita berusia 28 tahun itu ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Selangor.

    Difahamkan kecurian berlaku pada Jun lalu selepas pelakon wanita itu menyedari rantai emas miliknya hilang. Bukan itu saja, rantai emas milik anak pelakon itu juga turut hilang.

    Difahamkan lagi, pelakon wanita itu turut kehilangan wang RM10,000.

    Pemeriksaan di rumah wanita terbabit di Gombak turut menemui semula barangan kemas itu.

    Di samping itu, pembantu peribadi tersebut juga ada membuat laporan di IPD Daerah Gombak mendakwa dipukul pelakon wanita terbabit.

    MENARIK:  [VIDEO] Fazura Sopan Layan Peminat Warga Emas, Netizen Puji Tak ‘Fake’ – ‘Macam Mana Boleh Benci Orang Sebaik Ini?’

    Sumber berkata, punca pembantu peribadi itu dipukul kerana didakwa mereka cerita yang rumah tangga pelakon itu sedang bermasalah.

    Pelakon itu juga ada membuat laporan polis semalam.

    Setakat ini, media sedang mendapatkan pengesahan pihak polis berhubung penahanan itu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah