Pelakon, Kamal Adli tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan bahawa rumah tangganya bersama isteri, Uqasha Senrose, sedang bergolak.
Artikel Berkaitan: Kecoh Dakwaan ‘Unfollow’ Kamal Adli Di Instagram, Kapsyen Uqasha Senrose Curi Perhatian – ‘She Can Survive Without You’
Artikel Berkaitan: ‘Sikit Pun Tak Pernah Keluar Dari Mulut Saya Penat & Burn Out Jaga Anak’ – Uqasha Senrose
Tidak benar

Pemilik nama Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, berkata penjelasan itu dibuat kerana ia melibatkan maruah dan juga keluarganya.
Ada segelintir netizen yang buat andaian saya tiada masa untuk anak sendiri. Tak baik. Banyak saja saya luangkan masa untuk Hawra termasuk bawa bercuti dan sebagainya.
Saya adalah seorang ayah, yang sangat sayangkan anak saya. Mustahil saya tidak fikir mengenai Hawra.
Dalam pada itu, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu juga menyangkal dakwaan dirinya tidak menerima sebarang tawaran selama beberapa bulan.
Saya sengaja tidak ambil tawaran pekerjaan selama dua bulan untuk berehat setelah berterusan bekerja dan pada masa yang sama saya nak fokus kepada isteri dan anak saya.
Alhamdulillah, setakat ini rezeki saya tidak putus, mencukupi untuk keluarga kecil saya. Paling penting isteri dan anak saya sihat, sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.
Hati-hati

Kamal turut mengakui dia jarang berkongsi kehidupan peribadi di media sosial kerana mahu menjaga privasi susulan trauma dengan kejadian dirinya dipukul di Singapura pada tahun 2023.
Malah, Kamal berharap supaya orang ramai berhati-hati dalam memberi komen atau melakukan privasi terhadap Uqasha.
Urusan peribadi kami biarlah menjadi rahsia kami suami isteri. Saya cuma minta jangan lakukan privasi kepada isteri saya atau meninggalkan komen negatif.
Isteri saya juga manusia. Kadang penat kerja, kadang stres. Apa yang terbaik doakan isteri saya dan kami sekeluarga.
Demi Allah, saya sayangkan isteri saya dan anak sangat-sangat.
Terdahulu, pasangan itu meraih perhatian apabila timbul dakwaan mereka tidak lagi saling mengikuti di media sosial.
Apa yang menjadi lebih hangat apabila Uqasha memuat naik satu hantaran berbentuk luahan hati yang dipercayai menggambarkan kekecewaan terhadap seseorang yang disayangi.
Terdahulu, Uqasha dan Kamal bernikah pada 5 November 2021 dalam satu majlis pernikahan tertutup di Janda Baik, Pahang.
Pasangan itu kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.
Sumber: Instagram
The post ‘Demi Allah Saya Sayang Isteri & Anak Saya’ – Kamal Adli first appeared on OHBULAN!.





