27.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 6, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Co-Parenting Dalam Islam Adalah Belas Kasihan & Tanggungjawab’ – Dr Afifah

    Shopee Sale

    Isteri kepada penyanyi dan usahawan Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek menekankan maksud co-parenting dalam Islam buat pasangan yang sudah tidak sehaluan.

    Artikel Berkaitan: ‘Setiap Langkah & Keputusan, Semua Demi Anak-Anak’ – Dr Afifah

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tidak Mungkin Dr Afifah Tak Tahu Mengapa Perceraian Itu Berlaku’ – Nubhan

    Co-parenting dalam Islam

    Menerusi perkongsian di Threads, Afifah menegaskan bahawa elemen belas kasihan dan tanggungjawab mestilah diterapkan dalam ‘co-parenting’.

    Jelasnya, meskipun sesebuah perkahwinan itu telah berakhir namun, ibu bapa tetap memegang amanah untuk membimbing anak-anak mereka.

    Co-parenting dalam Islam berasaskan rahmah iaitu belas kasihan dan tanggungjawab.

    Walaupun perkahwinan berakhir, kewajipan untuk memelihara dan membimbing anak-anak kekal sebagai amanah yang dikongsi bersama.

    Mestilah bersama-sama mendidik mereka tentang kasih sayang, rasa hormat dan keimanan.

    Untuk info, media melaporkan Nubhan telah memfailkan hadanah penuh serta interim terhadap anak-anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

    MENARIK:  [VIDEO] Sharnaaz Ahmad Kasihan Fazura Teruk Dikecam – ‘Macam Anak Seni Tiada Maruah’

    Terdahulu, Nubhan pernah melafazkan talak satu kepada Afifah pada 2017 sewaktu dia sedang enam bulan hamil anak pertama mereka. 

    Namun, mereka memilih untuk rujuk semula bagaimanapun lafaz talak dan rujuk itu tidak dilaporkan kepada Mahkamah Syariah dan pejabat agama. 

    Kemudian, Nubhan selaku plaintif memfailkan pengesahan lafaz talak pertama (2017), rujuk dan lafaz talak kedua (Ogos 2025) di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

    Sekadar rekod, Nubhan dan Afifah juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang.

    Perkahwinan mereka diserikan dengan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.

    Sumber: Threads

    The post ‘Co-Parenting Dalam Islam Adalah Belas Kasihan & Tanggungjawab’ – Dr Afifah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah