26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 23, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cha Eun Woo Dah Gunting Rambut, ‘Standby’ Masuk Kem Tentera

    Shopee Sale

    Pelakon Korea Selatan yang juga anggota kumpulan ASTRO, Cha Eun Woo, berkongsi mengenai aktiviti hariannya kepada para peminat menjelang tarikh penyertaannya dalam khidmat ketenteraan.

    Artikel Berkaitan: Cha Eun Woo Bakal Temui Peminat Di Malaysia! Dapatkan 22% Diskaun Bagi Pembelian Tiket Pada Flash Sale 2.2

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Terjah Jungkook, Cha Eunwoo & Jaehyun ‘Mengopi’, Netizen Suruh Peminat Jaga Adab! – ‘Alamak, JK Bagi Side Eyes Lah’

    Cha Eun Woo dah gunting rambut

    View this post on Instagram

    A post shared by 차은우 (@eunwo.o_c)

    Pada Isnin (21 Julai), Eun Woo memuat naik beberapa keping foto dan video di akaun peribadinya dengan kapsyen ringkas, ‘Kebelakangan ini.’

    Foto-foto tersebut memaparkan momen dan aktiviti kehidupan hariannya, termasuk ketika menjalani jadual kerja dan bersenam. Lebih menarik perhatian apabila bintang popular itu juga berkongsi penampilan terbarunya yang  berambut pendek sebagai persediaan sebelum menjalani latihan ketenteraan.

    Cha Eun Woo, 28, dijadualkan akan menyertai khidmat tentera pada 28 Julai ini setelah diterima masuk ke dalam Pasukan Tentera Muzik Korea Selatan. 

    MENARIK:  [VIDEO] Fattah Amin Nafi Abai Fatima Sebab Sibuk Dengan Kerja – ‘Takkanlah Setiap Kali Jumpa, Perlu Muat Naik Gambar’

    Sebagai hadiah perpisahan kepada peminat, Eun Woo telah mengadakan perjumpaan terakhir bersama peminat menerusi majlis THE ROYAL pada 12 Julai lalu bertempat di Grand Peace Palace, Universiti Kyung Hee, Seoul.

    Dalam pertemuan itu, Eun Woo menyampaikan ucapan penghargaan kepada peminatnya.

    Saya ingin membuat anda semua tersenyum dan meninggalkan kenangan yang menyeronokkan dan menggembirakan.

    Terima kasih kepada anda semua, saya akan pergi dan kembali dengan sihat dan bahagia. Kita mesti jumpa lagi nanti.

    Walaupun akan menjalani latihan tentera tidak lama lagi, peminat masih boleh menyaksikan kemunculan Eun Woo di layar kaca menerusi siri Netflix akan datang bertajuk The Wonder Fools serta filem terbarunya, First Ride.

    Sumber: Instagram, Allkpop

    The post Cha Eun Woo Dah Gunting Rambut, ‘Standby’ Masuk Kem Tentera first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah