26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Bila Tidak Bertudung, Mereka Suruh Pakai Tudung. Bila Dah Bertudung Mereka Suruh Buka Pula’ – Fazlina Ahmad Daud

    Shopee Sale



    Pelakon Fazlina Ahmad Daud meluahkan rasa kesal apabila segelintir pihak produksi tidak sensitif kerana memintanya untuk membuka tudung meskipun mengetahui dirinya sudah memakai hijab.

    Apa punya industri

    Menerusi sebuah posting di Instagram, Fazlina berkata, perkara seperti itu tidak seharusnya berlaku.

    Bila tidak bertudung, mereka suruh pakai tudung.

    Bila dah bertudung mereka suruh membuka tudung pula.

    Apa punya industri.

    Di samping itu, Fazlina turut berkongsi mengani isu lain yang perlu dihadapi olehnya. Antara isu yang berlaku ialah kronisme selain pihak produksi mendiamkan diri walaupun telah bersetuju, tiada bajet dan pelbagai lagi karenah.

    Tambah Fazlina, dia reda sekiranya tidak diberi apa-apa tawaran kerana percaya rezeki yang diberikan Tuhan.

    Ya! Benda merepek aku kena hadap. Macam-macam peel (perangai) orang industri sekarang. Suruh buka tudung la, kroni la, dah setuju tapi senyap, tiada bajet la. Eh macam-macam la.

    Tiada tawaran kerja tiada masalah. Bumi Allah besar untuk aku cari rezeki lain.

    Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis turut bersetuju dengan kenyataan Fazlina sekali gus berharap pelakon itu kekal istiqamah.

    MENARIK:  [VIDEO] Tiket Konsert Jelajah Shila Amzah Di China ‘Sold Out’ Kurang Dari Seminit, Rakyat Malaysia Tumpang Bangga

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah