28.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 29, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Beraya Di Rumah Norman & Abby Abadi Bersama Aslam & Marissa [VIDEO]

    Shopee Sale



    Pelakon Abby Abadi berkongsi sebuah video yang memaparkan anak dan menantunya datang beraya di rumah.

    Ruang untuk diperbaiki

    Menerusi perkongsian di Instagram, kelihatan Marissa Dania dan Haslam tiba di perkarangan rumah Abby untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ketibaan Marissa dan Haslam turut disambut Norman dan Memey. Lebih mencuri tumpuan, Marissa dilihat bersalaman dan memeluk ibunya. Selain Marissa, Haslam turut melakukan perkara yang sama.

    Meraikan kemenangan Aidilfitri dengan mengajar diri kita bahawa setiap kesilapan memiliki ruang untuk diperbaiki dan setiap luka mempunyai kesempatan untuk diubati.

    Abby turut menulis kapsyen di mana setiap kesilapan mempunyai ruang untuk diperbaiki.

    Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh melihat momen tersebut dan berharap segala urusan keluarga Abby dipermudahkan.

    Terdahulu, Abby mengesahkan bahawa Marissa dan Aslam telah bernikah di Thailand seperti mana dakwaan yang tular sebelum ini.

    Bagaimanapun, dia menggesa puterinya itu untuk mendaftarkan perkahwinan tersebut di Malaysia.

    MENARIK:  Haram Mencium Hajar Aswad Jika Membahayakan - Dr Zulkifli

    Sebelum ini, Marissa dan Aslam juga didakwa berkahwin tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertama Aslam iaitu Misya.

    Keluarga Abby dan Norman kemudian menerima pelbagai kecaman daripada wargamaya selepas timbulnya kontroversi melibatkan anak mereka yang didakwa menjadi punca kepada keretakan sebuah perkahwinan.

    Video

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by abbyabadi_112 (@mamayebbyyabadi)

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah