30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bella Astillah ‘Comeback’ Dengan Single ‘Lebih Indah Berpisah’, Kolaborasi Istimewa Bersama Ade Govinda

    Shopee Sale



    Pelakon dan penyanyi Bella Astillah kembali dengan lagu terbaru berjudul ‘Lebih Indah Berpisah’ bersama kolaborasi istimewa komposer dan pemuzik terkenal Indonesia, Ade Govinda.

    Single terbaru

    ‘Lebih Indah Berpisah’ ini merupakan kisah tentang kekuatan hati untuk melepaskan cinta yang tidak lagi dihargai, demi membuka lembaran hidup baru yang lebih indah.

    Menurut Bella, lagu ini merupakan karya yang istimewa dengan kerjasama komposer hebat, Ade Govinda.

    Bermula daripada cadangan tajuk yang asalnya sedikit berbeza, akhirnya saya dan Ade Govinda sepakat untuk memilih perkataan ‘indah’ sebagai teras utama judul ini, mencerminkan sisi positif daripada sebuah perpisahan.

    Lagu ini ditulis dengan penuh jiwa dan semangat oleh Ade, menggambarkan keberanian untuk berpisah dengan penuh keikhlasan.

    Sewaktu proses rakaman, suasana di studio sangat positif dan penuh sokongan. Ini menjadikan pengalaman rakaman bebas tekanan. Malah, dengan semangat dan sokongan mereka, saya rasa lebih bersemangat untuk memberikan yang terbaik.

    Beri kekuatan pada pendengar

    Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Lebih Indah Berpisah’ ini mengharapkan agar dapat memberi kekuatan kepada pendengar yang berhadapan dengan kesedihan dalam percintaan.

    Saya mahu lagu ini diterima dengan baik, dan menjadi teman kepada sesiapa yang sedang melalui fasa sukar dalam hidup mereka. Saya juga berharap lagu ini bukan sahaja diterima baik di Malaysia, malah juga di Indonesia.

    Namun, yang paling utama juga adalah agar lagu ini dekat di hati pendengar. Projek ini juga menjadi platform untuk saya mencabar diri sendiri, memperbaiki mutu nyanyiannya dan berkembang sebagai seorang artis.

    Saya buat lagu ini bukan untuk bersaing dengan sesiapa, tetapi untuk diri saya sendiri dan untuk menjadi lebih baik.

    Sepanjang proses pembikinan lagu ini, Ade sempat meluahkan rasa kagum terhadap profesionalisme Bella dalam menjayakan video muzik serta nyanyiannya yang luar biasa.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Seandainya Kita Mengikhlaskan Setiap Apa Yang Berlaku Dalam Hidup, Pasti Kita Akan Tenang’ – Alif Teega

    Lagu ‘Lebih Indah Berpisah’ ini boleh didengarkan di semua platform digital dan video muzik rasmi turut dilancarkan di YouTube.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah