26 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 28, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Andy Teh Belajar Mengaji, Fahami Islam Demi Hayati Watak Dalam Filem ‘Abah Saya, Uncle Mike’

    Shopee Sale

    Pelakon Andy Teh mendedahkan dia sanggup mempelajari asas bacaan al-Quran bagi menghayati watak yang dibawanya dalam filem Abah Saya, Uncle Mike.

    ‘Saya belajar mengaji Al-Quran, surah Al-Nas’

    Filem ini diinspirasikan daripada kisah benar kehidupan Michael Tong Wai Siong, atau lebih dikenali sebagai Uncle Mike iaitu seorang lelaki Cina yang membesarkan tiga anak angkat berbangsa Melayu dengan penuh kasih sayang serta menghormati agama Islam mereka.

    Menerusi podcast Confession Bilik Gelap, Andy atau nama lengkapnya Andy Teh Kim Huat, 40, memaklumkan bahawa meskipun babak dalam filem itu tidak memerlukan dia mengaji namun dia tetap mempelajari demi memberi penghayatan watak sebagai Uncle Mike.

    Adalah sikit saya belajar mengaji Al-Quran, surah Al-Nas.

    Walaupun babak mengaji tu hanya membabitkan diorang (watak anak-anak angkat Uncle Mike) tapi saya sebagai bapa mereka (Uncle Mike) kena tahu kalau bacaan mereka salah, bagaimana saya nak respon dan sebagainya.

    Ujar Andy lagi walaupun dirinya berbangsa Cina, dia tetap mengambil inisiatif untuk memahami sudut agama Islam bagi memberi keaslian pada lakonannya sebagai seorang bapa yang membesarkan tiga anak angkat berbangsa Melayu.

    Saya nak faham dari sudut agama Islam sebab saya Cina. Memang saya ada ramai kawan berbangsa Melayu tapi saya tak berapa tahu secara mendalam tentang agama Islam.

    Jadi saya banyak bertanya dan belajar mengaji bagaimana, solat macam mana dan sebagainya.

    Dalami ajaran Islam

    Dalam pada itu, Andy turut berkongsi bahawa selain mendapatkan tunjuk ajar daripada individu terdekat, dia juga menggunakan YouTube sebagai rujukan untuk memahami ajaran Islam.

    Saya cuba belajar banyak benda sebab ianya akan bantu saya dalam lakonan.

    Saya belajar dari pengurus saya, dia orang Melayu. Mereka yang ajar Alif Ba Ta dan sebagainya. Selain itu, saya banyak rujuk dekat YouTube.

    Bagi budaya Melayu secara kasar saya dah tahu cuma agama saya tak berapa. Bagi saya perkara ni penting untuk membina watak Uncle Mike dalam filem ni.

    Cara saya nak mendalami sesuatu watak adalah saya betul-betul masuk dalam watak tu.

    Filem Abah Saya, Uncle Mike arahan Ezrie Gazali dan tulisan Muzzamer Rahman turut dibintangi oleh Idan Aedan, Merah Muhaimin dan Umar Shakur. Filem ini bakal ditayangkan di Malaysia pada 28 Ogos 2025.

    MENARIK:  Dua Beradik Hilang Ditemukan Selamat: Satu Daripadanya

    Sumber: Podcast Confession Bilik Gelap

    The post Andy Teh Belajar Mengaji, Fahami Islam Demi Hayati Watak Dalam Filem ‘Abah Saya, Uncle Mike’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah