27.6 C
Kuala Lumpur
Monday, October 27, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anak Achey Impi Muncul Di Billboard, Jakel Tawar Jadi Duta – ‘Saya Tolak Bukan Kerana Bayaran’

    Shopee Sale

    Pelawak dan penyanyi, Achey, baru-baru ini mencuri perhatian apabila berkongsi gelagat anak perempuannya, Tiara, yang mengadu mahu melihat wajahnya terpampang di papan iklan billboard.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Achey Tidak Tahan Sebak, Netizen Tuduh Sendu & Makan Duit Anak Hasil Perniagaan Tiara Candy

    MENARIK:  [VIDEO] Ira Kazar Enggan Komen Selepas Sah Cerai Talak Satu – ‘Alhamdulillah, Selesai’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Coretan Achey Buat Tiara Undang Sebak – ‘Tolong Bawa Perkara Baik Hingga Dewasa Nak’

    Tiara nak masuk iklan Billboard

    " data-video-id="7553646472806305044" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @achey_kintangkintung

    Dia nak gambo kat billboard pulakkk.. kenapa billboard sekarang ni dah macam tv yea.. payah lahhh gini.. pening aku lahhhh..dia tak tau semua yang kat dalam tu yang dah jadi duta produk..@KAK_ANNE @tiaracandy_official

    ♬ original sound – ACHEY KINTANG KINTUNG – ACHEY KINTANG KINTUNG

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Achey atau nama lengkapnya Mohd Nasir Hamzah, 39, berseloroh mengenai impian anaknya itu yang disifatkan agak tinggi.

    Dia nak gambar dekat billboard pulak. Kenapa billboard sekarang ni dah macam tv ye. Payah lah gini, pening aku lah. Dia tak tahu semua yang dekat dalam tu yang dah jadi duta produk.

    Perkongsian tersebut mencuri perhatian warganet yang rata-ratanya terhibur melihat telatah spontan Tiara. Ramai yang mendoakan agar impian kanak-kanak itu tercapai suatu hari nanti.

    Tidak lama selepas video berkenaan tular, jenama pakaian terkenal, Jakel tampil membuat kejutan apabila melamar Tiara untuk menjadi duta jenama mereka.

    Bagaimanapun, Achey menolak tawaran tersebut kerana bimbang Tiara belum bersedia untuk menyempurnakan komitmen dan tugasan dengan baik.

    Saya bukan tolak rezeki, Tiara tu budak yang tak dijangka.  Saya dan isteri fikirkan apa yang dia boleh buat. Bukan kerana imbuhan (bayaran). 

    Kami takut Tiara tak mampu nak penuhi permintaan Jakel untuk sampaikan sesuatu konten.

    Kami tak nak merosakkan nama baik yang sedia ada. 

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Tiara berpotensi mengikut jejak langkah bapanya dalam dunia hiburan dan komersial.

    Tolak bukan kerana bayaran

    " data-video-id="7553835205585407252" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @achey_kintangkintung

    Replying to @CikAmy Ermiza l Fashion Entire semoga menjawap.. alahhh tiara nakkk #tiarabillboard

    ♬ original sound – ACHEY KINTANG KINTUNG – ACHEY KINTANG KINTUNG

    Sumber: TikTok

    The post Anak Achey Impi Muncul Di Billboard, Jakel Tawar Jadi Duta – ‘Saya Tolak Bukan Kerana Bayaran’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah