25.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 5, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aliff Syukri Cabar Diri Mahu Tempa Nama Dalam Malaysia Book Of Records

    Shopee Sale

    Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri mencabar diri dengan bakal mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records bagi ‘Kutipan Jualan Bag Tangan RM1 Juta Terpantas Melalui Penstriman Langsung’ yang dijadualkan berlangsung pada 3 Ogos ini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Santai Jual Jeruk Mangga Di Live TikTok, Netizen Puji – ‘Tak Penat Kerja Walaupun Dah Kaya’

    Malaysia Book of Records

    Menurut Aliff, 38, dia mengakui berasa gementar dan dalam masa sama ingin bersaing secara sihat bagi merebut tahta yang kini dipegang oleh seorang ‘content creator’ dan usahawan yang cukup berjaya.

    Saya sangat gementar bila memasuki Malaysia Book of Records kerana tidak ada unsur tipu-tipu boleh berlaku.

    Sekarang ini yang memegang rekod tersebut adalah seorang pempengaruh yang terkenal. Dan saya ingin bersaing secara sihat. Saya perlu memecahkan rekod yang sedia ada justeru doakan agar impian saya tercapai.

    Tambah anak kepada usahawan dan pengasas jenama kecantikan tersohor, Rozita Ibrahim, dia akan menyalurkan hasil jualan kepada rumah anak-anak yatim.

    Saya juga bernazar sekiranya dapat mencipta rekod Malaysia tersebut, saya akan mengagihkan sebahagian hasil jualan tersebut ke rumah anak yatim yang terpilih bagi berkongsi rezeki.

    Dalam pada itu, pelantun lagu Bobo Di Mana juga menyeru rakyat Malaysia agar dapat memberi sokongan sekaligus bakal mencipta nama sebagai pengeluar bag tempatan yang terlaris di Malaysia.

    MENARIK:  Pengunjung Starvendors KLCC Berpeluang Menang Duit Raya Lebih RM100k!

    Pada malam tersebut, Aliff akan memperkenalkan koleksi bag tangan baharu, Samma Bag Denim Edition pada pukul 8:00 PM di platform TikTok @papalarisofficial.

    Bag Samma Denim Edition akan dijual di platform penstriman langsung TikTok Shop dengan harga RM79.90.

    Menjanjikan kualiti bag yang menggunakan bahan jeans berkualiti tinggi, pembeli yang bertuah pada malam 3 Ogos bakal berpeluang mendapat hadiah cabutan bertuah berupa kereta, percutian di Sugeh Resort milik Aliff, emas, barangan perkakasan elektrik dan hadiah free gift misteri.

    Sekadar info, pempengaruh media sosial, Khairul Aming menempa nama dalam Malaysia Book of Records bagi ‘nilai jualan RM1 juta terpantas melalui penstriman langsung TikTok Shop’.

    Kejayaan itu dicapai melalui produk Dendeng Nyet Berapi yang mencecah nilai jualan RM1 juta dalam masa 3 minit 28 saat pada tahun 2024.

    The post Aliff Syukri Cabar Diri Mahu Tempa Nama Dalam Malaysia Book Of Records first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah