27.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 6, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Alicia Amin Dedah Belum Sedia Kahwin, Hubungan Dengan Kekasih Masih Awal Lagi – ‘Kalau Sanggup, Tunggu 10 Tahun’

    Shopee Sale

    Pelakon dan model terkenal, Alicia Amin memilih untuk berhati-hati dalam membuat keputusan berumah tangga.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Alicia Amin & Mimi Lana Dalam Satu Skrin, Netizen Sangka Kembar – ‘Dulu Ingat Mereka Orang Yang Sama’ 

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Alicia Amin Terjatuh Ketika Catwalk Di KLFW, Sikap Profesional Raih Pujian – ‘Saya Kena Teruskan & Tampil Sehabis Baik’

    Kekasih perlu bersabar

    Ketika ditemui , Alicia atau nama penuhnya Raja Alicia Raja Amin, 30, berkata dia tidak mahu terburu-buru mendirikan rumah tangga hanya kerana tekanan daripada orang sekeliling.

    Tambah Alicia, pasangannya perlu memahami keputusan yang dibuat sebelum dia bersedia bergelar isteri.

    Saya dah berusia sedikit, jadi perlu ambil masa dan tidak mahu bercinta berkali-kali tetapi akhirnya tidak ke mana. Saya tunggu masa yang betul-betul sesuai untuk kahwin.

    Kalau dia sanggup tunggu 10 tahun pun, maka itulah masanya.

    Alicia berkata demikian ketika ditemui selepas tayangan perdana drama Saling Tak Terlihat yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, pada Selasa.

    MENARIK:  [VIDEO] Kereta ‘Terbang’ Masuk Ke Semak, Luahan Wanita Ini Bikin Berdekah! – ‘8 Tahun Kita Sama-Sama Drifting, Kenapa Hari Ni Awak Tak Perform?’

    Tak mahu terburu-buru

    Berkongsi lanjut, Alicia memaklumkan hubungannya dengan kekasih masih di peringkat awal dan belum ada sebarang perancangan serius dibincangkan.

    Kami okey sahaja sebab dia sedang fokus kepada perniagaan, manakala saya pula sibuk dengan karier seni.

    Tiada apa-apa perkembangan besar tentang hubungan kami buat masa ini, lagipun kami baru dua tahun berkenalan. Kami mahu kenal hati budi dulu sebelum buat keputusan untuk ke fasa seterusnya.

    Untuk rekod, Alicia pernah mendirikan rumah tangga bersama Dr Farzan Iqbal pada 14 Februari 2021, namun perkahwinan itu berakhir dengan perpisahan secara baik pada Mac tahun lalu.

    The post Alicia Amin Dedah Belum Sedia Kahwin, Hubungan Dengan Kekasih Masih Awal Lagi – ‘Kalau Sanggup, Tunggu 10 Tahun’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah