Seorang warga emas ditahan pihak polis selepas bertindak menetak jirannya hingga maut dalam kejadian di sebuah ladang di Desa Karangrejo, Indonesia, pada 22 Ogos lalu.
Dendam 40 tahun

Suspek yang dikenali dengan inisial J berusia 75 tahun itu menggunakan sebilah celurit (biasanya digunakan untuk membersihkan ladang) bagi menetak mangsa, seorang lelaki berusia 77 tahun. Akibat serangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kaki kanan sehingga mengalami pendarahan teruk.
Mangsa sempat dibawa orang ramai ke pusat rawatan, namun meninggal dunia dalam perjalanan akibat kehilangan banyak darah.
Menurut siasatan awal, kejadian berpunca daripada pertengkaran antara suspek dan mangsa. Suspek dipercayai menyimpan dendam lama sejak lebih 40 tahun lalu kerana beranggapan mangsa pernah mempunyai hubungan dengan isterinya.
Walaupun perasaan itu dipendam sejak lama, namun baru kini suspek bertindak nekad untuk membalas dendam.
Ketua Satreskrim Polres Tuban, AKP Dimas Robin Alexander, memaklumkan suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut dan pihak polis masih mengenal pasti motif sebenar kejadian.
Sumber: Tribunnews
The post 40 Tahun Berdendam, Warga Emas Tetak Jiran Hingga Maut first appeared on OHBULAN!.