26 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 28, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zahid yakin BN boleh catat majoriti lebih besar di Mahkota

    Shopee Sale

    Majoriti yang bakal diperoleh BN pada PRK Dewan Undangan Negeri Mahkota tidak mustahil boleh bertambah sekiranya semua jentera parti melakukan gerak kerja tersusun, kata Ahmad Zahid Hamidi.

    Pengerusi BN itu berkata dia yakin parti berkenaan mampu mempertahankan kerusi Mahkota dengan majoriti lebih besar berbanding sebelum ini dan ia penting terutama sebagai persediaan menuju Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka diadakan tahun depan.

    “Apabila 'faktor wow' dapat kita wujudkan - bukan hanya di Nenggiri - saya yakin di Mahkota juga kalau kita bekerja secara tersusun dan berstruktur sebagaimana kita bantu calon kita di Nenggiri, kelebihan majoriti di Mahkota pasti akan meningkat lebih daripada 5,000 undi.

    “Ini akan mewujudkan satu gelombang dukungan terhadap parti kita.

    "Bacaan saya, insya-Allah PRN Sabah akan berlaku dalam suku pertama tahun hadapan.

    "Kalau gelombang yang ada di Nenggiri dan merentasi negeri lain hingga ke Johor, insya-Allah gelombang itu pasti kita akan bawa ke Sabah,” katanya.

    Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam anjuran Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan di Kuala Lumpur malam tadi.

    MENARIK:  Hadi: Ada orang nak jadi lebih baik dari Rasulullah dengan tolak gaji

    Dalam PRN Johor pada 2022, kerusi DUN Mahkota dimenangi Sharifah Azizah Syed Zain, 63, mengalahkan tiga calon lain dengan majoriti 5,166 undi.

    Kerusi DUN Mahkota kosong apabila Ketua Wanita Umno Kluang itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di Kluang pada 2 Ogos lalu.

    Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pada 28 Sept manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 14 dan 24 Sept ini.

    Ahmad Zahid juga meminta setiap ahli parti terutama sayap pemuda dan puteri agar lebih aktif menangani isu tempatan dan nasional dengan lebih berkesan, termasuk yang dibangkitkan di media sosial, dalam usaha meraih sokongan pengundi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah