27.1 C
Kuala Lumpur
Monday, November 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Yunus hargai sokongan M’sia terhadap pekerja Bangladesh

    Shopee Sale

    Ketua Penasihat Bangladesh Prof Dr Muhammad Yunus menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada Malaysia atas sokongan berterusan serta layanan mesra terhadap pekerja negara itu.

    Beliau berkata Malaysia menganggap perkerja Bangladesh umpama rakan sekali gus membantu mereka meningkatkan taraf hidup, menyara ahli keluarga di tanah air dan menghantar anak-anak ke sekolah.

    “Pekerja Bangladesh menerima layanan yang sangat baik di sini, umpama rakan dan sebagai sebahagian daripada keluarga.

    “Justeru, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Malaysia kerana menerima rakyat kami, dan berharap pintu ini akan terus terbuka malah lebih luas … supaya lebih banyak belia Bangladesh dapat bekerja di Malaysia, serta belajar dan membawa pulang ilmu untuk memulakan perniagaan atau menjana aktiviti ekonomi sendiri,” katanya.

    MENARIK:  Banjir Nepal: 55 rakyat Malaysia masih gagal dihubungi - Wisma Putra

    Muhammad Yunus berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersempena dengan lawatan rasmi tiga hari beliau ke Malaysia yang bermula semalam.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah