30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wan Saiful, lima yang lain hadap lembaga disiplin Bersatu esok

    Shopee Sale

    Lembaga disiplin Bersatu akan mendengar dakwaan terhadap Ahli Majlis Tertinggi Wan Saiful Wan Jan dan lima yang lain semasa prosiding di ibu pejabat parti di Petaling Jaya esok.

    Ketika dihubungi, Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu mendakwa dia telah dipanggil menghadap jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Mohammed Radzi Abdul Manan bagi menjawab “serangan” terhadap Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali.

    “Ya, saya telah dipanggil untuk menjawab serangan saya terhadap Azmin.

    "Nampaknya hari ini mengkritik Azmin sama dengan menyerang parti," kata Wan Saiful kepada Malaysiakini merujuk kepada kenyataannya terhadap Azmin semasa sidang media 29 Sept.

    Wan Saiful pada masa itu berkata hubungannya dengan Azmin "sejuk, dingi dan beku" sejak tahun lepas, didakwa disebabkan perkembangan baru dalam siasatan berhubung skandal video 2019 yang membabitkan Azmin ketika itu.

    Dia juga melancarkan dakwaan baru terhadap Azmin, mendakwa Azmin dalang di sebalik naratif palsu mengenai percubaan menggulingkan presiden parti Muhyiddin Yassin.

    Wan Saiful hari ini mendakwa dia akan diminta menjawab dakwaannya terhadap Azmin.

    MENARIK:  Siasatan kes pempengaruh seleweng RM3 juta dana awam hampir lengkap

    Jawatankuasa disiplin Bersatu pada mulanya memanggilnya untuk prosiding 25 Sept yang kemudiannya ditangguhkan.

    Sebelum prosiding awal yang direncana, Wan Saiful dilaporkan telah dipanggil menghadap lembaga disiplin kerana mengumpul akuan berkanun (SD), menjelang perhimpunan agung tahunan Bersatu awal bulan lalu, atas dakwaan cubaan mendesak presiden parti Muhyiddin Yassin meletak jawatan.

    Secara berasingan, Ketua Bahagian Bersatu Ipoh Timor Fadhli Ismail turut mengesahkan dipanggil menghadap lembaga disiplin, yang dijadualkan bersidang dari 11 pagi hingga 5 petang esok.

    Sementara itu, Berita Harian melaporkan empat lagi yang dipanggil terdiri daripada Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal, ketua Bersatu bahagian Ipoh Timor Fadhli Ismail, ketua Bersatu bahagian Ampang Isa Saidi dan ketua Bersatu bahagian Pendang Abdul Razak Khamis.

    Malaysiakini mendapat tahu bahawa pemimpin terakhir dan keenam Bersatu yang dipanggil esok ialah ketua Bersatu bahagian Hang Tuah Jaya, Azrudin Md Idris.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah