33.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Trump: Perang Iran hampir tamat, namun serangan keras menyusul

    Shopee Sale

    Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu berkata kempen peperanangan AS-Israel terhadap Iran hampir tamat, namun negara itu akan diserang lebih keras dalam tempoh dua hingga tiga minggu akan datang.

    Berucap dalam perutusan nasional pertamanya sejak peranang bermula pada 28 Feb, Trump cuba meyakinkan rakyat Amerika yang kini keletihan dengan peperanangan bahawa serangan itu berbaloi.

    "Terima kasih kepada kemajuan yang kita capai, saya boleh katakan malam ini bahawa kita berada di landasan yang betul untuk menyelesaikan semua objektif ketenteraan Amerika tidak lama lagi, dalam masa yang sangat singkat.

    “Teras objektif strategik peperanangan itu hampir siap, namun kita akan melancarkan serangan sangat keras ke atas mereka dalam dua hingga tiga minggu akan datang.

    “Kita akan membawa mereka kembali ke zaman batu di mana mereka sepatutnya berada," kata Trump dari White House.

    Rundingan dengan kepimpinan baru Iran

    AFP juga melaporkan presiden AS itu juga memberi jaminan kepada sekutu serantaunya – Israel, Arab Saudi, Qatar, UAE, Kuwait dan Bahrain – yang terjejas akibat serangan dron dan peluru berpandu Iran, bahawa AS "tidak akan membiarkan mereka tercedera atau gagal dalam apa jua cara sekalipun."

    Trump membayangkan bahawa rundingan mungkin boleh dilakukan dengan kepimpinan baharu Iran, yang disifatkannya sebagai "kurang radikal dan jauh lebih munasabah" berbanding kepimpinan sebelum ini. Ini sekali gus menandakan dia sedang mengusahakan satu bentuk perjanjian untuk menamatkan konflik tersebut.

    Namun dia memberi amaran jika tiada penyelesaian dicapai, Washington telah "mensasarkan sasaran utama termasuk loji penjana elektrik negara itu."

    Ucapan tersebut tidak banyak membantu menenangkan pasaran tenaga, dengan harga minyak melonjak pada Khamis ketika Trump menyeru negara lain untuk membantu membuka semula Selat Hormuz.

    Satu perlima daripada minyak global lazimnya melalui laluan sempit itu, dan penutupannya secara efektif menyebabkan harga tenaga melambung tinggi serta menggugat kestabilan ekonomi dunia.

    Pasaran terus merudum

    Reuters pula melaporkan selepas ucapan Trump, harga saham jatuh manakala harga minyak meningkat mendadak, dengan pelabur kecewa kerana tiada penjelasan jelas mengenai cara cepat menamatkan konflik.

    Trump berkata AS tidak memerlukan Selat Hormuz dan mencabar sekutu yang bergantung pada minyak di rantau itu untuk berusaha membuka semula laluan berkenaan.

    MENARIK:  Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas reman

    "Ramai rakyat AS bimbang melihat kenaikan harga petrol baru-baru ini di negara kita.

    “Kenaikan jangka pendek ini sepenuhnya disebabkan rejim Iran lancar serangan ganas terhadap kapal tangki minyak komersial negara jiran yang tiada kaitan dengan konflik," katanya.

    Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) pada Rabu memberi amaran bahawa peranang itu memberi kesan besar, global dan sangat tidak seimbang.

    Mereka juga menyatakan akan menyelaras tindak balas, termasuk melalui sokongan kewangan kepada negara yang paling terjejas.

    Penamatan peranang sukar dicapai

    Sebelum ucapan Trump, Presiden Iran Masoud Pezeshkian menulis surat kepada rakyat AS bahawa negaranya tidak memendam permusuhan terhadap rakyat biasa AS.

    Namun, prospek penamatan segera peranang masih sukar dicapai. Sumber kanan Iran memberitahu Reuters bahawa Tehran menuntut gencatan senjata terjamin untuk menghentikan serangannya dan tiada rundingan melalui orang tengah mengenai gencatan sementara berlaku.

    Masoud Pezeshkian

    The New York Times melaporkan secara berasingan bahawa agensi perisikan AS menilai Iran kini enggan terbabit dalam rundingan besar untuk menamatkan peranang.

    Trump berkata perbincangan sedang dijalankan dengan pemimpin Iran yang dianggapnya kurang radikal berbanding pemimpin terdahulu.

    "Namun, jika dalam tempoh ini tiada perjanjian dicapai, kita mempunyai sasaran utama. Jika tiada perjanjian, kita akan menyerang setiap loji jana elektrik mereka dengan keras dan mungkin serentak," katanya.

    Iran tolak gencatan senjata AS

    Iran pada Khamis juga dilaporkan telah menolak tawaran gencatan senjata Washington dan menyifatkan tuntutan AS untuk menamatkan konflik itu sebagai "maksimalis dan tidak rasional."

    "Mesej telah diterima melalui peranantara, termasuk Pakistan, tetapi tidak ada rundingan langsung dengan AS," kata jurucakap kementerian luar Iran Esmaeil Baqaei, yang dipetik oleh agensi berita ISNA.

    Trump sebelum ini mendakwa pada Rabu bahawa presiden Iran meminta gencatan senjata, tetapi berkata republik Islam itu mesti membuka semula Hormuz terlebih dahulu – yang menurutnya dalam ucapan itu akan berlaku "secara semula jadi" sebaik sahaja konflik berakhir.

    Ali Khamenei.

    Ucapan itu dibuat ketika Trump berdepan dengan kemerosotan kadar sokongan, kegelisahan ekonomi dan kesan diplomatik yang meruncing akibat peranang yang bermula apabila AS dan Israel melancarkan kempen serangan udara mengejut besar-besaran ke atas Iran, yang mengorbankan pemimpin agung Ali Khamenei.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah