31.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 5, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Titah adendum: Sejak bila perbicaraan mahkamah jadi macam ‘Nazi’ – Shafee

    Shopee Sale

    Peguam Muhammad Shafee Abdullah menyamakan prosiding mahkamah berhubung kes titah adendum Najib Razak seperti ketika pentadbiran Nazi Jerman, dengan mengkritik hakim yang mengendalikan kes itu kerana didakwa khilaf.

    Kes tersebut berkaitan prosiding hina mahkamah yang dimulakan oleh pasukan peguam Najib terhadap bekas peguam negara Ahmad Terrirudin Salleh. 

    Shafee mendakwa Terrirudin enggan mendedahkan kewujudan titah addendum yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara enam tahun dengan tahanan di rumah, bukannya di penjara.

    Najib memfailkan permohonan itu di mahkamah pada 21 Mei lalu.

    "Timbalan pendakwa raya berkata begitu, mahkamah, secara terbuka berkata begitu. Tetapi peguam negara baru-baru ini menghantar surat dan bertanya: Boleh beri penjelasan sama ada perintah ini meliputi prosiding akan datang seperti kes hina mahkamah?

    "Surat itu minta penjelasan dan mahu tarikh prosiding di mahkamah. Kami tidak diminta hadir ke mahkamah. 

    “Hakim yang arif mengeluarkan arahan secara pentadbiran. Dia tidak boleh buat begitu. Anda mesti dengar kedua-dua pihak, dan ini akan berlaku lagi esok, di hadapan hakim yang sama. Kami akan mengadu kepadanya yang kami juga sepatutnya didengar. Bukan buat keputusan secara sepihak. Itu salah.

    MENARIK:  PULASAN | Kerana nasihat terlalu rumit untuk difahami

    "Ia tidak sah. Itu bukan keputusan kehakiman. Keputusan kehakiman bermakna anda dengar kedua-dua pihak. Sejak bila kita buat perbicaraan ala Nazi Jerman? Anda mesti dengar kedua-dua pihak," kata Shafee semasa sidang media di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

    Pada bulan lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan untuk menangguhkan semua prosiding berkaitan semakan kehakiman titah adendum oleh Najib.

    Penangguhan itu susulan keputusan Mahkamah Persekutuan untuk mendengar rayuan kerajaan terhadap keputusan mahkamah sebelumnya yang membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh bekas perdana menteri itu.

    Hari ini Shafee diminta untuk menjelaskan sama ada perintah itu merangkumi prosiding semasa sahaja atau juga prosiding yang akan datang.

    "Tidak, ia tidak menyatakan begitu. Ia sebut prosiding. Penangguhan hanya terhadap prosiding yang sedang berjalan. Ia tidak boleh bermaksud prosiding akan datang. Itu tidak masuk akal. 

    “Dalam apa jua kedaan, bagaimana mana-mana mahkamah boleh menghalang pemfailan sebarang permohonan? Ia tidak masuk akal," tambahnya.

    [Baca berita asal]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah