30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Timbalan saya silap, GEG gagal bukan kerana pelobi – menteri

    Shopee Sale

    Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata peruntukan generasi penamat (GEG) dalam penggunaan tembakau dan vape tidak berjaya kerana terdapat isu perlembagaan, bukan kerana pengaruh pelobi.

    Dzulkefly berkata demikian selepas timbalannya Lukanisman Awang Sauni mendedahkan wakil industri bertemu dan mempengaruhi anggota parlimen sebelum perbahasan rang undang-undang.

    Dzulkefly bagaimanapun berkata kenyataan timbalannya itu silap.

    "Itu saya kira adalah salah, salah pada fakta dan salah (anggapan) pada ucapan timbalan menteri kerana saya semak perkara itu," kata Dzulkefly kepada Dewan Rakyat hari ini.

    Dia berkata demikian ketika menjawab soalan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman’s (Muda – Muar) berkaitan kenyataan Lukanisman pada parlimen minggu lepas.

    MENARIK:  Wanita cedera ditikam suami dibenar keluar hospital

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah