29.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    STR dan Sara dilihat kesinambungan kepada BR1M Najib, kata Rafizi

    Shopee Sale

    Bantuan kepada rakyat seperti Sumbangan Asas Rahmah (Sara) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) perlu diinstitusikan seperti mana negara berkebajikan, selain tidak perlu dijadikan modal politik oleh kerajaan.

    Mengulas Belanjawan 2026 yang dibentangkan di parlimen semalam, bekas menteri ekonomi, Rafizi Ramli, berpendapat bantuan kerajaan Madani masih dilihat sebagai kesinambungan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan kerajaan BN pimpinan Najib Razak.

    Kata Rafizi, mana-mana kerajaan yang memerintah memang pasti akan mempertahankan program kebajikan seumpama itu tetapi ia masih boleh ditambah baik.

    "Ini tak boleh jadi modal politik dah, ia sama – setiap kerajaan akan mempertahankannya (program kebajikan).

    “Isunya ialah kerajaan mana yang berjaya menambah baik (inisiatif bantuan tersebut).

    "Buat masa sekarang sistem bantuan tunai kita, yang ini belum diinstitusikan lagi,” katanya dalam program audio siar Yang Berhenti Menteri malam tadi.

    Menjelaskan maksudnya, Rafizi berkata, apa yang boleh dilakukan dengan menginstitusikan inisiatif tersebut ialah agar pengagihannya dapat dilakukan dengan lebih mudah.

    Misalnya, kata Rafizi, seperti institusi pendidikan yang kini tidak lagi memerlukan seseorang untuk memohon untuk membolehkan anak mereka bersekolah sebaliknya cukup dengan proses pendaftaran.

    Jauhi amalan lama, rakyat beratur

    Bagi pelajar yang layak, katanya, mereka kemudian aan diberikan pelbagai bantuan.

    "Setakat ini STR atau Sara masih lagi dilihat sebagai kesinambungan BR1M yang dulu, dan selepas ini kalau kerajaan bertukar, (inisitaif tersebut) jadi benda lainlah pula (namanya), bukan STR Sara.

    “Tapi kalau diinstitusikan, untuk siapa yang layak, setiap kerajaan akan bayar (tanpa terjejas oleh pertukaran kerajaan)," katanya.

    Rafizi pada masa sama turut mengkritik pengumuman kerajaan yang mahukan bantuan awal persekolahan diagihkan secara tunai kepada ibu bapa oleh guru dan tidak boleh lagi disalurkan melalui akaun.

    Katanya, langkah itu bukan sahaja langkah mengundur, malah akan menambahkan beban tugas guru yang sepatutnya fokus kepada usaha mendidik murid.

    MENARIK:  Isu jawatan: Armizan pesan pengkritik baca perlembagaan betul-betul

    Ahli Parlimen Pandan itu bagaimanapun berpendapat, mungkin ada ahli politik yang berpendapat pemberian bantuan tersebut wajar dibuat seperti pengagihan BR1M dulu.

    Langkah tersebut, katanya, memang memberi keuntungan kepada orang politik sebab meningkatkan populariti atau publisiti masing-masing.

    “Tapi bagi cikgu, cikgu marah kot sebab tugas cikgu ialah untuk mengajar. Lepas ni jadi ‘pegawai kebajikan’ pula,” katanya.

    Tambah Rafizi kerajaan Madani wajar melangkah ke depan dengan pendekatan baru bagi memenangi pilihan raya, dan tidak mengulangi amalan seperti semasa Najib yang beranggapan bahawa cash is king.

    “Saya rasa kerajaan Datuk Seri Anwar ni, kita patut jauh ke depan lagilah, jauhi gaya lama yang rakyat kena beratur ambil bantuan," katanya lagi.

    Semalam ketika pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan awal persekolahan sebanyak RM150 akan disalurkan secara tunai kepada ibu bapa di sekolah.

    Katanya, seramai 5.2 juta murid sekolah kerajaan akan menerima bantuan itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM800 juta.

    Sementara itu, Rafizi yang juga bekas Timbalan Presiden PKR mendakwa pengumuman pendidikan percuma Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengakibatkan masalah institusi itu semakin ‘membengkak’.

    Jelas Rafizi, ketika ini PTPTN berdepan dengan hutang yang dijamin kerajaan sebanyak RM41 bilion.

    Sepatutnya, kata Rafizi, kerajaan memberi tumpuan kepada usaha untuk mendapatkan kembali bayaran balik hutang RM41 bilion itu.

    "Masalah hutang PTPTN RM41 bilion tak selesai lagi. Ia umpama ambil duit dari poket kiri (masuk) ke poket kanan.

    “Kalau tak berhati-hati masalah PTPTN yang sedia ada akan semakin membengkak,” katanya.

    "Saya gemar kepada pendekatan menyeluh...kalau tak ia sekadar kosmetik ataupun pengumuman populis . Yang itu yang kita bimbang dengan PTPTN," kata Rafizi lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah