28.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 25, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Siasat rasuah ‘orang berjasa’: Firaun pun ada ‘jasa’ – Anwar

    Shopee Sale

    Siasatan terhadap individu terbabit rasuah tetap dilakukan tanpa memilih bulu meskipun membabitkan tokoh yang dianggap berjasa pada negara, kata perdana menteri.

    Menurut Anwar Ibrahim, jika jasa seseorang itu menjadi penghalang kepada sebarang siasatan dan tindakan, keadilan boleh terganggu kerana semua pihak termasuk tukang sapu mempunyai jasa pada negara.

    Bahkan kata Anwar, Firaun yang zalim juga mempunyai jasa jika ingin diambil kira dari aspek itu.

    "Ini dah kenapa tangkap orang itu, dia berjasa kepada semua orang...

    MENARIK:  PM arah bantuan insiden Putra Heights diselaras bersama MB S'gor, Petronas

    "(Sebenarnya) Semua orang ada jasa. Tukang cuci ada jasa, penghulu ada jasa, orang korup pun ada jasa.

    "Firaun ada jasa, (misalnya) bagi ribu-ribu orang makan setiap hari, tapi jasa (cara) Firaunlah," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Ulang Tahun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke-58 dan Pelancaran Keep Malaysia Clean di Puspanitapuri, Putrajaya, hari ini.

    Hadir sama, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah